04 April 2010

Tukar Masalah Kepada Cabaran
Mari kita bincangkan bagaimana nak menukar masalah kepada cabaran. Bila sebut masalah, kita selalu terbayang sesuatu yang pasti membebankan, menekan dan yang 'menggeramkan'. Setiap kita semua ada masalah masing-masing.
      Tapi, sebenarnya ada cara untuk keluar dari masalah. Anda boleh lakukannya. Apa jua masalah yang melanda, tukar ia kepada cabaran. Set dalam minda, katakan pada minda Anda bahawa masalah tu Anda anggap sebagai cabaran, untuk membuat Anda ada daya motivasi berusaha. Lama-kelamaan, minda akan menerimanya sebagai cabaran, bukan lagi masalah. Kesannya, Anda akan berasa 'ringan' sedikit, tak lagi tertekan seperti biasa.

     Anggap yang Anda sekarang rasa tercabar, 'terbakar' dan jadi bersemangat lalu berazam mahu menyelesaikan cabaran tu. Kena buat langkah demi langkah, sebab ia tak dapat diselesaikan sekaligus. Semua perkara bermula dari dalam minda. Bagi membolehkan minda mencari menyelesaian idea pada Anda, ia perlu berada dalam mood positif (santai, relaks, kurang berfikir). Sebab bila berada dalam emosi negatif (tertekan, geram, stress, buntu atau marah) minda tak dapat memberi idea-idea penyelesaian kerana Anda sedang dalam keadaan tertekan. Bila sudah rasa tertekan sehingga menitis air mata, takkan ada idea penyelesaian yang timbul, hanya rasa tertekan yang makin mencengkam, bahkan terus mencengkam.

      Untuk menukarnya kepada emosi positif, Anda perlu anggap masalah sebagai cabaran dan jangan sesekali menyerah diri pada tekanan perasaan. Seterusnya, tanya diri Anda dengan soalan-soalan berikut:

•Apa hikmah yang ada disebalik masalah ni?
•How can i turn this problem to something good?
•Apa langkah yang boleh aku ambil untuk menyelesaikan cabaran ni?
•Di mana aku nak mula? Apa yang aku boleh buat sekarang?
•Bagaimana cara untuk aku nak jadi optimis?
•Apa yang bagusnya tentang cabaran ni?


     Tanya berkali-kali pada diri Anda. Selepas itu, bertenang, relaks dan biar mood anda dalam keadaan santai. LET GO.

      Beberapa idea akan timbul selepas itu. Tuliskannya (atau taip dalam handphone, PDA, mahupun komputer, nanti lupa!) dan kemudian bertindak selesaikan cabaran Anda mengikut strategi yang terhasil dari penjanaan idea tadi. Teknik ni berkesan. Tak kira sama ada cabaran kewangan atau cabaran prestasi kerja mahupun cabaran dalam hal lain.

     Selepas ini, untuk memotivasikan anda, panggil masalah sebagai cabaran. Bukan saja di hati dan difikiran, tetapi di dalam sebutan dan perbuatan. Orang lain juga akan ikut buat perkara yang sama. Bila kita anggap masalah sebagai satu masalah, kita takkan dapat buat satu apa sebab kita tertekan jadinya. Tapi, bila kita anggap masalah sebagai cabaran, serta merta timbul 'booster' dalam diri untuk kita bergerak menyelesaikannya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan