23 April 2010

Cara Belajar Yang Betul

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.


1- Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

2 - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3 - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4 - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
5 - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

6 - Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7 – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8 - Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

9 - Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

10 - Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

11- Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

12 - Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

13 - Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

14 - Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

15 - Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

16 - Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

17 - Rancangkan jadual ulangkaji
Tetapkan ulangkaji anda . Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

18 - Belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

19 - Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

20 - Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

21- Terokai bakat dan minat anda
Peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

7 Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan

      Saban bulan, pelatih-pelatih akan menduduki "Peperiksaan Percubaan Semester Akhir" pada bulan kelima dan "Peperiksaan Semester Akhir" pada bulan keenam. Oleh itu, wajar bagi semua pelatih untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaa tersebut.
Di sini , terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Antaranya ialah :


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
    
     Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
    Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
   Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
   Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
   Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.


b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
   Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
   Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
   Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel.
   Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
   Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

   Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

   Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelatih sebagai panduan dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Diharap dengan panduan tip-tip di atas, para pelatih akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.


Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…

18 April 2010

Tiga Booster Kejayaan

Dalam apa jua yang Anda lakukan dan dan apa jua matlamat yang Anda ingin capai, ada tiga tips motivasi yang Anda perlu ingatkan pada diri sendiri. Saya panggil sebagai booster kejayaan.

     Apa dia? Dalam proses mencapai kejayaan, kita secara berterusan perlu menjadikan pencapaian kita di hari ini lebih baik dari pancapaian yang kelmarin sama ada dalam kerjaya, keluarga, pelajaran, komunikasi dan pengurusan diri. Kemudian, setkan minda Anda untuk menjadikan pencapaian esok hari lebih baik tahapnya dari hari ni.

     Untuk ke arah itu, Anda perlu istiqamah dalam 3 perkara ini :

1. Menambah ilmu.

Belajar seumur hidup dan sukakan ilmu, tak kira apa jua bentuknya dan belajar dari sesiapa sahaja, walaupun dia lebih muda daripada Anda. Kita dicipta berbeza-beza, jadi pengetahuan kita juga berbeza.

2. Mempelbagaikan kemahiran dan mengasah kemahiran sedia ada.

Bersedia untuk belajar benda baru tanpa meninggalkan kemahiran sedia ada. Jika Anda mahir bermain bola sepak, latih diri untuk mahir berenang dan selepas itu ajar pula orang lain supaya mereka juga mahir berenang seperti Anda. Ilmu dan kemahiran lebih berkembang dalam diri bila ia selalu diajarkan pada orang lain.

3. Upgrade emosi dan tindakan kepada yang baik-baik dan yang lebih positif.

Sejarah membuktikan, sikap jujur dan bersangka baik membuat Anda disanjung orang, disenangi, mudah dipercayai, justeru menyumbang kepada kejayaan dalam apa jua yang Anda usahakan. Contohi sikap Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat jujur, telus dan bijak!


***Itulah dia 3 tips sebagai "booster" kejayaan Anda. Aplikasikan hari ni juga!
Bertenang lebih baik dari tertekan


Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif. Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan.


     Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup. Macam mana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.


     Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita puas hati, mungkin sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.

     Kita   perlu   sentiasa  istighfar  dan  maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita 'immune' dari stress.

     Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari. Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

14 April 2010

Fikiran Positif.
Cemana nak berfikiran positif? Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan...

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.
Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.  Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik. Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up. Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!
Motivasi Diri - Tukar Motivasi Baru Macam Tukar Baju Baru




Setiap hari, kita menukar baju yang kita pakai. Sebab apa? Baju kita jadi kotor, melekat dengan bau badan, menjadikannya kurang selesa dipakai. Kena cuci dulu baru boleh pakai balik.


     Motivasi kita macam tu juga. Elemen motivasi yang menjadikan kita bersemangat dalam apa yang kita lakukan adalah terdiri dari getaran-getaran tenaga positif yang ada di sekeliling tubuh kita. Maka, ia seakan menjadi 'baju' buat diri kita.


     Getaran tenaga positif tu bergetar lalu mempengaruhi emosi kita juga rembesan hormon biologi dalam aliran darah kita. Sebab itulah kita jadi bersemangat, bermotivasi dalam apa yang kita lakukan. Getaran tenaga positif mempengaruhi bahan kimia dalam tubuh kita lantas mengubahnya untuk menjadikan kita positif sama.


     Getaran tenaga tu berisiko untuk dikotori oleh getaran tenaga negatif yang bersimpang siur di tempat kita berada, ditempat kerja, di rumah, ditempat belajar juga tempat kita berjalan-jalan. Getaran-getaran negatif tu melekat lalu mencemari aliran tenaga positif di sekeliling tubuh kita lantas menjadikan emosi kita kurang stabil. Kita akan jadi tertekan, kurang gembira dan fikiran kita menjadi kacau.


     Untuk itu, kita perlu sentiasa membersihkan motivasi kita. Kita kena segarkan semula getaran-getaran tenaga positif yang 'melekat' di sekeliling tubuh kita. Tukar motivasi yang lama, pakai motivasi yang baru yang segar dan bersih.


     Tukar macam kita tukar baju. Refresh! Kita kena 'refresh' balik diri kita untuk menukar getaran-getaran tenaga positif lama tu. Sama juga dengan kotoran yang ada di baju. Tiap kali ada kotoran, kita tukar baju, pakai baju yang bersih. Aliran getaran tenaga positif yang bersih membuat kita berasa tenang, bahagia, seronok dan gembira dengan apa yang kita lakukan. Jika Anda tak merasa tenang, bahagia, seronok dan gembira sekarang ini, itu petanda tubuh Anda dikelilingi aliran tenaga negatif.

     Anda kena berubah. Positifkan diri dengan mengingat selalu apa impian kita dan apa matlamat kita. Mengingat lalu membayangkan apa yang kita nak capai dalam hidup serta merta akan membangkitkan motivasi mantap, membuat kita bersemangat tiba-tiba. Bayangkan wajah orang-orang yang kita sayangi. Rasa cinta kita kepada mereka akan membuat hati kita bahagia, lantas mempengaruhi aliran tenaga di badan kita.


     Cinta adalah emosi positif paling kuat kuasanya. Cinta membuat kita sentiasa bermotivasi bila kita mendedikasikan usaha kita khusus untuk membahagiakan orang yang kita sayang.
Motivasi Diri - 5 Kesan Buruk Bila Kita Selalu Melemparkan Kritikan Negatif

Apa yang akan terjadi bila kita selalu melemparkan kritkan negatif?
5 situasi kesan buruk akan terjadi, iaitu:

1. Hati kita akan dipenuhi kebencian, dendam dan titik-titik hitam yang susah nak dibersihkan.
Bila kita selalu melemparkan kritikan-kritikan negatif pada orang lain pada situasi, perkara atau benda, kita sebenarnya melatih diri untuk berakhlak buruk. Pada kita, itu normal. Pada orang lain, itu tidak nampak normal. Menyusahkan. Bila kita berakhlak buruk (kita sendiri tak tau yang akhlak kita buruk) kawan-kawan akan menjauh, ahli keluarga tak suka, adik-beradik kurang senang tiap kali kita ada. Mereka akan buat berbagai cara untuk mengelak dari kita. Mereka tak suka bercakap dengan kita, simply sebab tak suka akhlak kita.

2. Banyak masalah timbul - masalah dalam perhubungan, masalah dalam kawalan emosi, kita cepat naik marah, masalah kewangan.
Akan ada saja masalah timbul satu persatu tanpa disangka. Anda akan cepat tertekan lalu menyalahkan takdir. Dari segi saikologi, fikiran negatif yang terbentuk dalam diri Anda akan menarik banyak situasi-situasi negatif, seterusnya membawa kepada ratusan masalah negatif.

3. Kesihatan terganggu.
Kita mudah dihinggapi penyakit. Dari penyakit-penyakit ringan sampailah ke penyakit-penyakit berat, banyak hinggap dibadan kita. Bersarang dan beranak-pinak kat situ. Nak buat kerja, nak pergi kerja, asyik terganggu sebab tak sihat. Bila mental kurang sihat sebab hati dipenuhi kebencian, maka ia akan mempengaruhi fizikal hingga menyebabkan fizikal juga berubah jadi kurang sihat. Penyakit-penyakit ringan seperti selesema, demam akan cepat hinggap kemudian lambat hilang. Seterusnya, kita akan dilanda penyakit-penyakit lain tanpa kita sendiri sangka.

4. Apa saja yang kita usahakan, tak berhasil.
Mungkin juga akan jadi kurang berhasil. Fokus hilang, menyebabkan kita bertukar-tukar pendirian, bertukar-tukar usaha. Kita akan bertukar-tukar kerja. Jika kita berniaga, kita akan bertukar-tukar jenis perniagaan. Usaha kita nampak tidak berhasil langsung. Asyik gagal, asyik tak menjadi. Kesannya, modal tak dapat balik, untung langsung tak ada. Kita bergaduh dengan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan kita. Sikap selalu melemparkan kritikan negatif walaupun Anda rasa sesuatu yang normal, perbuatan biasa, kata-kata yang lahir dari hati Anda akan memberikan kesan buruk tanpa di sangka-sangka. Cegah sebelum parah.

     Minda kita menarik sesuatu yang serupa dengan apa yang ada di dalamnya. Jika negatif, maka minda kita akan menarik segala yag negatif datang pada kita. Ramai orang tak menyedari hal ini, sebab tak pernah mencuba untuk mengenali diri sendiri, mengenali minda dan mengawal emosi.

10 April 2010

Motivasi Diri - Bagaimana Berdepan Kritikan-krtikan Negatif Yang Menyakitkan Hati

      Kritikan negatif mengandungi ayat-ayat negatif sepenuhnya. Cuma levelnya berbeza-beza. Ada negatif yang membina, ada negatif yang meruntuhkan.

     Kritikan negatif boleh diubah menjadi kritkan positif, terpulang pada cara kita mendegarnya, memahaminya, cara kita memandangnya. Jadikan kritikan negatif tu sebagai panduan untuk kita melihat jauh ke dalam diri. Mungkin, ada usaha kita yang perlu diperbaiki, ada akhlak kita yang perlu diperbaiki, ada perangai kita yang orang tak suka sangat.

     Kita kena gali jauh ke dalam diri kita, fahami, kemudian ubah kepada yang lebih baik. Jangan sesekali terus marah tiap kali Anda dikritik teruk kerana dalam satu kritikan negatif, ada 3 atau empat perkara yang Anda boleh gunakan untuk memperbaiki diri Anda dari situ.

     Sebagai tamsilan, orang lempar sampah pada kita kita, kita balas denga bunga. Anggap sampah tu sesuatu yang berguna pada kita, walaupun hanya sekadar sampah. Mungkin, sampah tu kita bukan kitar semula atau digunakan sebagai umpan api ketika membersihkan kebun kita. Sampah walaupun sekadar sampah, masih ada gunanya.

    Kekadang kita terserempak dengan situasi di mana orang suka melemparkan kata-kata kesat kepada kita. Kita geram. Sebab dia main lepas saja, tak peduli tentang perasaan kita. Suka hati dia aje. Bila dah macam tu, kita kena cool. Jangan respon. Kawal diri. Be in control. Kawal kata-kata Anda, kawal emosi Anda.
    
     Tukar kata-kata kesatnya menjadi pembakar semangat buat kita, supaya kita berusaha lagi. Orang suka melemparkan kata-kata kesat untuk menyakitkan hati kita supaya kita jatuh. Jadi, kita kena cool saja. Kita takkan dapat mengelak kritikan-kritikan negatif yang muncul dalam pelbagai rupa, seperti kata-kata nista, caci-maki, komen negatif, komplen, umpatan dan cakap-cakap belakang. Kita tak akan dapat mengelak. Anda kena terima hakikat itu.

     Apa yang perlu kita lakukan? Tenangkan diri. Jangan terus melatah, jangan terus membalas, jangan terus naik marah. Tak ada apa-apa akan berubah jika Anda terus marah, geram, sakit hati atau berdendam. Anda akan jadi 'rosak'. Bila sudah cool, bila sudah tenang. Cepat-cepat lupakan. Kena lupakan, sebab bila diingat selalu, ia akan menurunkan semangat Anda. Anda tak akan jadi bermotivasi. Bangun pagi terasa berat, malas nak buat kerja, konsentrasi Anda terganggu, perasaan Anda terguris. Makan pun tak ada selera. Anda akan jadi tertekan. Anda akan diserang stress.

     Prestasi Anda menurun. Anda akan kerap melakukan kesilapan yang akan mengakibatkan Anda dimarahi, diketawakan, direndah-rendahkan. Anda sendiri yang akan susah. Untuk itu, Anda perlu "kebal" berdepan kritikan negatif yang menyakitkan hati. Anda perlu imunisasi yang amat kuat. Orang-orang yang suka memberi kritikan negatif tetap akan ada sebab mereka nak menampakkan hanya mereka yang betul, supaya mereka dihormati, dipandang tinggi. Anda hanya 'mangsa' mereka. Jadi, tak perlu ingat selalu walaupun benar-benar menyakitkan hati.

     Jika Anda nak berjaya dalam hidup, nak merasai bahagia berpanjangan, nak kurang dibebani masalah-masalah berat, latih diri untuk sentiasa bertenang, cool. Lupakan saja. Maafkan orang yang melemparkan kritkan negatif pada Anda tu, kelak Anda akan jadi lebih bersemangat pada keesokan harinya. Sebab kita tak bermotivasi adalah kerana kita selalu mengingat perkara-perkara yang menyakitkan hati kita.
3 cara bagaimana untuk berdepan dengan orang yang Anda tak suka

Mesti Anda ada seseorang yang Anda kurang senang dengannya, kurang senang dengan sikapnya, dengan tutur katanya. Mungkin Anda sakit hati dengan perangai dia satu ketika dulu dan Anda susah nak maafkan hinggalah ke hari ini. Bagaimana untuk berdepan dengan orang yang tak suka apatah lagi Anda jumpa dia setiap hari bekerja? Ini caranya:

1. Pasang niat untuk jadi serasi dengannya.
Niatkan yang Anda mahu berjalan seiringan dengannya, berbual-bual santai dengannya seolah-olah tiada apa-apa berlaku satu ketika dulu di antara Anda dengan dirinya. Pasang niat Anda mahu OK bila bersama-sama dengan dia, biar terbit rasa gembira apabila berbual-bual dengannya. Hati Anda akan terasa lapang selepas itu.


2. Lupakan masa lalu, maafkan dia, doakan dia.
Sebelum berjumpa dengan, sebelum terserempak dengannya di tempat kerja, ambil keputusan untuk melupakan saja kesalahan dirinya pada Anda. Lupakan supaya emosi Anda menjadi ringan tak terbeban oleh hambatan memori pahit yang menyakitkan hati. Doakan kemurahan rezekinya dan kebahagiaannya - sebelum dan sesudah berjumpa dengannya.


3. LET GO.
Lepaskan segala yang terbuku di hati, pilih untuk melupakan semuanya. LET GO. Ambil keputusan untuk menjalani hidup yang bebas dari emosi-emosi negatif seperti kemarahan, ego, dendam dan ketidaksefahaman. Hidup akan jadi lebih tenang apabila kita memilih untuk melupakan semua yang negatif.
6 Cara Bagaimana Untuk Melepaskan Rasa Sakit Hati Dengan Cara Positif

     Kebanyakan orang apabila sakit hati, dia suka pecahkan barang, tumbuk pintu, tendang pagar, lempar piring, memaki hamun tak tentu pasal. Itu semua cara yang negatif. Mesti ada cara yang positif. Jika Anda mahu lepaskan rasa sakit hati dengan cara yang positif, ini beberapa langkah yang boleh Anda lakukan (ada cara yang sedikit ganjil tapi memang berkesan):

1. Masuk ke dalam kereta, teriak sepuas-puasnya.
Tutup semua tingkap dan pintu selepas itu teriak sekuat hati lama-lama selama yang Anda boleh tahan. Lakukan 2-3 kali berulang-ulang. Anda akan rasa lega selepas itu. Teriak apa yang sja yang Anda terfikir nak teriak. Elak memaki-maki, cuma lepaskan saja kemarahan Anda.

2. Tulis semua yang Anda geramkan.
Ingat perkara-perkara dan situasi-situasi yang Anda geramkan, yang Anda rasa cukup sakit hati. Fikir, bayangakan lepas tu tulis semunya. Anda akan terdorong untuk menulis dengan penuh beremosi. Tulis saja apa yang terlintas di fikiran, apa yang terbayang di minda. Tulis hingga sudah tidak ada apa lagi yang nak ditulis.

* Tak pandai nak mengarang ayat? Gunakan cara seterusnya.

3. Rakam suara Anda untuk melepaskan apa yang membuat Anda sakit hati.
Ambil perakam suara, cakap lalu rakamkan semua apa yang membuat Anda rasa sakit hati. Cakap seolah-olah Anda sedang meluahkan kesemuanya pada seseorang di depan Anda. Cakap dan terus cakap hinggalah Anda kehabisan idea, hingga Anda termanggu-manggu tak tahu apa lagi nak dicakap.

* Selepas merakam kesemuanya, Anda ada dua pilihan.

Pilhan pertama, dengar semula apa yang Anda rakam tadi, simpan untuk didengar semula di masa lain.

Pilihan kedua, lupakan rakaman suara Anda. Padam semua yang dirakam tadi. Jangan ada rasa sesalan. Just do it!

4. Luahkan pada seseorang.
Ini cara yang selalu dilakukan oleh ramai orang. Luahkan rasa sakit hati Anda pada orang yang berhampiran dengan Anda. Jika Anda kurang senang dengan orang tu, segan atau Anda lihat dia cukup sibuk, tunggu saat dia relaks kemudian bawa dia bersembang sebagai pemula sesi 'meluahkan' Anda.

5. Pergi berjoging kemudian lepaskan semua yang menyakitkan hati ketika sedang berjoging.
Amaran! Jangan terlalu over berjoging semata-mata nak melepas rasa sakit hati. Ketika sedang melepaskan semua yang menyakitkan hati Anda, lakukannya secara berlari atau berjalan pantas. Kesannya Anda akan cepat kehabisan idea seolah-olah tiada apa lagi yang nak diluah selain tercungap-cungap menarik nafas. Cara ini cepat untuk menghilangkan rasa sakit hati.

6. Alaaa..lupakan saja!
Cara ini adalah cara yang paling senang! Tapi ia memerlukan disiplin yang tinggi. Anda perlu menjadi orang yang sangat baik hati. Apabila Anda sakit hati pada sesuatu, pada seseorang, lupakan saja. Buat donno saja, bagaikan tiada apa-apa berlaku. Kemudian, fokus pada kerja, pada apa yang perlu dilakukan.

07 April 2010

Sembilan Tips Untuk Cepat Menyesuaikan Diri

Bagaimana anda boleh cepat menyesuaikan diri dengan keadaan, orang sekeliling dan persekitaran baru tanpa perlu ada tekanan emosi sebaliknya, dengan kerelaan hati.

1. Maafkan
Pada malam sebelumnya, maafkan semua orang, lupakan kesalahan-kesalahan mereka (lupakan habis!) dari dulu sampai sekarang. Teknik ini mencuci hati dari fikiran negatif, emosi-emosi negatif lalu mengelak Anda dari tertekan saat berjumpa dengan persekitaran baru. Ia adalah rahsia komunikasi magnetik, di mana hati yang bersih menarik sesiapa jua supaya jadi senang bila berhampiran dengan Anda. Masalah kebanyakan orang, mereka susah nak jadi pemaaf.

2.Niat
Mulakan dari niat. Pasang niat dalam hati yang Anda mahu berbaik dengan mereka. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

3. Salam
Ucap salam perkenalan atau bertanya khabar, beritahu nama Anda sambil berjabat tangan. Pamerkan wajah energetik, pandang terus ke mata. Hanya mata orang tu bukannya meliar ke bibir, hidung, kening, rambut atau dagu. Anda akan diragui bila berbuat begitu di mana bola mata Anda 'menjelajah' ketika pertama kali bertemu. Lebih lihat terus ke matanya saja sambil mempamerkan wajah yang tampak yakin, yang relaks, steady, be in control.

4.Analisa
Analisa orang sekeliling tu dulu, cemana mereka, perwatakan mereka, air muka, cara diorang bercakap, pandangan mata, bahasa badan yang mereka tunjukkan. Kemudian, sesuaikan diri Anda dengan mereka.

5. Bersedia
Sedia memperkenalkan diri, beritahu sedikit latar belakang, asal anda, pekerjaan dan umur.

6. Buka Cerita
Buka cerita tentang cuaca, isu semasa. Jangan berlagak yang anda tahu banyak perkara, cukup sekadar membuka topik untuk menghangatkan suasana.

7. Buang Sangkaan Buruk
Elak sangkaan buruk dan yang negatif masuk di fikiran ketika berkenalan dengan orang sekeliling yang baru dan persekitaran baru. Anggap mereka ada ciri-ciri positif dan yang baik dalam diri masing-masing.
8. Rajin
Perlihatkan mereka kerajinan Anda, rajinkan diri membantu apa yang patut, murah berkongsi buah fikiran dan ambil bahagian dalam apa jua yang mereka lakukan. Murah dengan senyuman dan bercakap dengan tone suara yang normal, tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan.

9. Buat Mereka Ketawa
Pergaulan menjadi lebih indah, lebih berseri bila di selitkan lawak jenaka, cerita lucu dan gelak ketawa. Buat mereka ketawa, biar sampai pecah perut. Bila mereka boleh ketawa bersama Anda, maknanya mereka dah menerima kehadiran Anda!

04 April 2010

Tukar Masalah Kepada Cabaran
Mari kita bincangkan bagaimana nak menukar masalah kepada cabaran. Bila sebut masalah, kita selalu terbayang sesuatu yang pasti membebankan, menekan dan yang 'menggeramkan'. Setiap kita semua ada masalah masing-masing.
      Tapi, sebenarnya ada cara untuk keluar dari masalah. Anda boleh lakukannya. Apa jua masalah yang melanda, tukar ia kepada cabaran. Set dalam minda, katakan pada minda Anda bahawa masalah tu Anda anggap sebagai cabaran, untuk membuat Anda ada daya motivasi berusaha. Lama-kelamaan, minda akan menerimanya sebagai cabaran, bukan lagi masalah. Kesannya, Anda akan berasa 'ringan' sedikit, tak lagi tertekan seperti biasa.

     Anggap yang Anda sekarang rasa tercabar, 'terbakar' dan jadi bersemangat lalu berazam mahu menyelesaikan cabaran tu. Kena buat langkah demi langkah, sebab ia tak dapat diselesaikan sekaligus. Semua perkara bermula dari dalam minda. Bagi membolehkan minda mencari menyelesaian idea pada Anda, ia perlu berada dalam mood positif (santai, relaks, kurang berfikir). Sebab bila berada dalam emosi negatif (tertekan, geram, stress, buntu atau marah) minda tak dapat memberi idea-idea penyelesaian kerana Anda sedang dalam keadaan tertekan. Bila sudah rasa tertekan sehingga menitis air mata, takkan ada idea penyelesaian yang timbul, hanya rasa tertekan yang makin mencengkam, bahkan terus mencengkam.

      Untuk menukarnya kepada emosi positif, Anda perlu anggap masalah sebagai cabaran dan jangan sesekali menyerah diri pada tekanan perasaan. Seterusnya, tanya diri Anda dengan soalan-soalan berikut:

•Apa hikmah yang ada disebalik masalah ni?
•How can i turn this problem to something good?
•Apa langkah yang boleh aku ambil untuk menyelesaikan cabaran ni?
•Di mana aku nak mula? Apa yang aku boleh buat sekarang?
•Bagaimana cara untuk aku nak jadi optimis?
•Apa yang bagusnya tentang cabaran ni?


     Tanya berkali-kali pada diri Anda. Selepas itu, bertenang, relaks dan biar mood anda dalam keadaan santai. LET GO.

      Beberapa idea akan timbul selepas itu. Tuliskannya (atau taip dalam handphone, PDA, mahupun komputer, nanti lupa!) dan kemudian bertindak selesaikan cabaran Anda mengikut strategi yang terhasil dari penjanaan idea tadi. Teknik ni berkesan. Tak kira sama ada cabaran kewangan atau cabaran prestasi kerja mahupun cabaran dalam hal lain.

     Selepas ini, untuk memotivasikan anda, panggil masalah sebagai cabaran. Bukan saja di hati dan difikiran, tetapi di dalam sebutan dan perbuatan. Orang lain juga akan ikut buat perkara yang sama. Bila kita anggap masalah sebagai satu masalah, kita takkan dapat buat satu apa sebab kita tertekan jadinya. Tapi, bila kita anggap masalah sebagai cabaran, serta merta timbul 'booster' dalam diri untuk kita bergerak menyelesaikannya!

Apa & Kenapa Motivasi Potensi Diri


Untuk berjaya didalam kerjaya atau apa sahaja yang dilakukan didalam kehidupan seharian kita perlu berusaha secara berterusan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dengan meningkatkan diri kita didalam tiga perkara.


1. Menambah Ilmu Pengetahuan (tahu apa)
2. Mempelbagaikan Kemahiran (tahu bagaimana)
3. Merubahkan Sikap Kearah Yang Positif (tahu kenapa)

      Inilah yang dilakukan didalam latihan atau kursus - kursus yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk kakitangannya atau yang dilakukan sendiri oleh individu yang mahu meningkatkan dirinya.

     Motivasi Potensi Diri ialah modul yang berkaitan dengan perubahan sikap kearah yang positif. Sikap adalah perkara yang sukar diubah seperti sabda Rasulullah, " Kalau ada orang menyatakan Gunung Uhud itu sudah berubah tempat, boleh dipercayai tanpa dilihat terlebih dahulu. Tetapi kalau ada orang yang menyatakan Polan itu sudah berubah perangainya jangan kita terima kecuali kita saksikan dulu." Bagaimanapun ia boleh diubah seperti tercatat didalam Surah Arra'd ayat 11, ' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya'.

     Anda boleh berubah sekiranya anda mahu dan bersedia untuk berubah. Ramai yang mahu berubah tetapi tidak bersedia kerana tidak tahu caranya. Berdasarkan pembacaan, mengikuti kuliah, pemerhatian, pengalaman dan sedikit kajian saya menemui satu fakta yang menarik tentang perubahan sikap.

     Seseorang itu tidak boleh berubah dengan cuba mengubah sikap. Apa yang perlu dilakukan ialah terlebih dahulu mengenali dan memahami apakah faktor-faktor kepada perubahan sikap. Inilah perkara yang perlu diubah terlebih dahulu. Umpama penyakit puncanya perlu diketahui dan difahami untuk memudahkannya diubati.

MODUL MOTIVASI POTENSI DIRI
Faktor kepada perubahan sikap ialah perasaan, kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan kelebihan serta kelemahan diri iaitu potensi diri.

Untuk mengubah sikap
kita perlu mengubah perasaan.
Sebelum mengubah perasaan
kita perlu mengubah kepercayaan.
Sebelum mengubah kepercayaan
kita perlu mengubah pemikiran.
Sebelum mengubah pemikiran
kita perlu mengubah imaginasi.
Sebelum mengubah imaginasi
kita perlu mengubah janji diri.
Sebelum mengubah janji diri
kita perlu mengenali potensi diri.

     Mengenali Potensi (kelebihan & kekurangan) Diri menjadi asas kepada usaha merubah perkara - perkara yang lain. Pembahagian topik (penerangan & perbincangan) Motivasi Potensi Diri adalah seperti berikut :

13. KEJAYAAN
12. USAHA
11. TINDAKAN
10. PERANCANGAN
9. MATLAMAT
8. MOTIVASI
7. SIKAP
6. PERASAAN
5. KEPERCAYAAN
4. PEMIKIRAN
3. IMAGINASI
2. JANJI DIRI
1. POTENSI DIRI   

Hikmah Di Sebalik Kegagalan

TIDAK dapat dinafikan, kegagalan adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil daripadanya boleh menyebabkan seseorang sangat terganggu fizikal, mental, malah juga spiritual.



     Daripada sudut mental, selain menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, ada kalanya ramai juga akan mengutuk diri sendiri atas kegagalan yang menimpa. Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa kepada putus asa.



     Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang, diri akan terus menjauhi masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya. Daripada sudut fizikal, bagi segelintir individu, selera menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Manakala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negatif kepada kesihatan fizikalnya.



     Akhirnya, tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot. Kesudahannya, kedua-duanya rebah dan sukar bangkit kembali. Daripada sudut spiritual pula, kegagalan boleh mendatangkan dosa. Ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada’ dan qadar Allah SWT. Imannya tergoncang.



      Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah SWT ketika menghadapi sesuatu kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh daripada sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal, sukar dirawati. Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi sebab seseorang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kembali kepada jalan lurus selepas bengkok lalu dia kembali bangkit dengan azam, rancangan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.



KEGAGALAN DAN SAYA Saya pernah gagal dalam banyak perkara, namun syukur kerana ia tanda kita perlu membuat perubahan yang besar bagi memperbetulkannya. Tanpa usaha itu, kegagalan akan terus bernanah dan membunuh. Biasanya, satu perubahan itu sangat perit dan berat lagi kurang selesa. Walau sukar dan berat, ia satu kemestian. Hasilnya, apabila tepat cara pengendalian kegagalan dan perubahan yang diperlukan, ia akan membuahkan hasil lebih baik.



      Tatkala itu baru kita sedari, rupa-rupanya kegagalan itu adalah satu titik kepada penyambungan titik lain dalam kehidupan kita. Ia seperti satu simpang yang menjauhkan kita daripada kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik untuk masa depan.  Apapun, semua jenis kegagalan yang menimpa memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah SWT sudah mengingatkan: “Sesungguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan.” Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini kegagalan itu adalah satu proses yang perlu ditangani secara positif.



     Ia ibarat satu konflik yang mendesak minda dan akal kita untuk lebih agresif dan kreatif bagi mencari jalan keluar. Tanpa disedari, rupa-rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif. Pastikan kita sudah menjumpai kerja dan bidang yang kita cinta juga minat. Tanpa minat dan kecintaan kepada tugasan kita, setiap kerja akan menjadi beban. Namun bagi Muslim, minat itu mestilah dipastikan TIDAK BERLANGGAR dengan hukum Islam. Apabila haram, ia wajib diubah kepada yang halal.

     Justeru, fikirkan dan berubahlah. Jangan menganggap kegagalan itu sesuatu yang terlalu besar, jadikan ia kunci untuk kejayaan seterusnya. Benar, apa saja kegagalan boleh diatasi kesan buruknya sehingga dilihat kerdil dan kecil serta boleh diatasi JIKA KITA MENYEDARI. Kematian itu pasti dan sesuatu perlu dilakukan segera untuk mempersiapkan diri kepadanya.

     Akhirnya, kegagalan jangan dicari tetapi apabila ia datang, ia tanda satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada satu zon baru yang tidak lagi gagal. Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat. Sesungguhnya orang mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali kepada Allah SWT.