14 April 2010

Motivasi Diri - 5 Kesan Buruk Bila Kita Selalu Melemparkan Kritikan Negatif

Apa yang akan terjadi bila kita selalu melemparkan kritkan negatif?
5 situasi kesan buruk akan terjadi, iaitu:

1. Hati kita akan dipenuhi kebencian, dendam dan titik-titik hitam yang susah nak dibersihkan.
Bila kita selalu melemparkan kritikan-kritikan negatif pada orang lain pada situasi, perkara atau benda, kita sebenarnya melatih diri untuk berakhlak buruk. Pada kita, itu normal. Pada orang lain, itu tidak nampak normal. Menyusahkan. Bila kita berakhlak buruk (kita sendiri tak tau yang akhlak kita buruk) kawan-kawan akan menjauh, ahli keluarga tak suka, adik-beradik kurang senang tiap kali kita ada. Mereka akan buat berbagai cara untuk mengelak dari kita. Mereka tak suka bercakap dengan kita, simply sebab tak suka akhlak kita.

2. Banyak masalah timbul - masalah dalam perhubungan, masalah dalam kawalan emosi, kita cepat naik marah, masalah kewangan.
Akan ada saja masalah timbul satu persatu tanpa disangka. Anda akan cepat tertekan lalu menyalahkan takdir. Dari segi saikologi, fikiran negatif yang terbentuk dalam diri Anda akan menarik banyak situasi-situasi negatif, seterusnya membawa kepada ratusan masalah negatif.

3. Kesihatan terganggu.
Kita mudah dihinggapi penyakit. Dari penyakit-penyakit ringan sampailah ke penyakit-penyakit berat, banyak hinggap dibadan kita. Bersarang dan beranak-pinak kat situ. Nak buat kerja, nak pergi kerja, asyik terganggu sebab tak sihat. Bila mental kurang sihat sebab hati dipenuhi kebencian, maka ia akan mempengaruhi fizikal hingga menyebabkan fizikal juga berubah jadi kurang sihat. Penyakit-penyakit ringan seperti selesema, demam akan cepat hinggap kemudian lambat hilang. Seterusnya, kita akan dilanda penyakit-penyakit lain tanpa kita sendiri sangka.

4. Apa saja yang kita usahakan, tak berhasil.
Mungkin juga akan jadi kurang berhasil. Fokus hilang, menyebabkan kita bertukar-tukar pendirian, bertukar-tukar usaha. Kita akan bertukar-tukar kerja. Jika kita berniaga, kita akan bertukar-tukar jenis perniagaan. Usaha kita nampak tidak berhasil langsung. Asyik gagal, asyik tak menjadi. Kesannya, modal tak dapat balik, untung langsung tak ada. Kita bergaduh dengan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan kita. Sikap selalu melemparkan kritikan negatif walaupun Anda rasa sesuatu yang normal, perbuatan biasa, kata-kata yang lahir dari hati Anda akan memberikan kesan buruk tanpa di sangka-sangka. Cegah sebelum parah.

     Minda kita menarik sesuatu yang serupa dengan apa yang ada di dalamnya. Jika negatif, maka minda kita akan menarik segala yag negatif datang pada kita. Ramai orang tak menyedari hal ini, sebab tak pernah mencuba untuk mengenali diri sendiri, mengenali minda dan mengawal emosi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan