10 April 2010

Motivasi Diri - Bagaimana Berdepan Kritikan-krtikan Negatif Yang Menyakitkan Hati

      Kritikan negatif mengandungi ayat-ayat negatif sepenuhnya. Cuma levelnya berbeza-beza. Ada negatif yang membina, ada negatif yang meruntuhkan.

     Kritikan negatif boleh diubah menjadi kritkan positif, terpulang pada cara kita mendegarnya, memahaminya, cara kita memandangnya. Jadikan kritikan negatif tu sebagai panduan untuk kita melihat jauh ke dalam diri. Mungkin, ada usaha kita yang perlu diperbaiki, ada akhlak kita yang perlu diperbaiki, ada perangai kita yang orang tak suka sangat.

     Kita kena gali jauh ke dalam diri kita, fahami, kemudian ubah kepada yang lebih baik. Jangan sesekali terus marah tiap kali Anda dikritik teruk kerana dalam satu kritikan negatif, ada 3 atau empat perkara yang Anda boleh gunakan untuk memperbaiki diri Anda dari situ.

     Sebagai tamsilan, orang lempar sampah pada kita kita, kita balas denga bunga. Anggap sampah tu sesuatu yang berguna pada kita, walaupun hanya sekadar sampah. Mungkin, sampah tu kita bukan kitar semula atau digunakan sebagai umpan api ketika membersihkan kebun kita. Sampah walaupun sekadar sampah, masih ada gunanya.

    Kekadang kita terserempak dengan situasi di mana orang suka melemparkan kata-kata kesat kepada kita. Kita geram. Sebab dia main lepas saja, tak peduli tentang perasaan kita. Suka hati dia aje. Bila dah macam tu, kita kena cool. Jangan respon. Kawal diri. Be in control. Kawal kata-kata Anda, kawal emosi Anda.
    
     Tukar kata-kata kesatnya menjadi pembakar semangat buat kita, supaya kita berusaha lagi. Orang suka melemparkan kata-kata kesat untuk menyakitkan hati kita supaya kita jatuh. Jadi, kita kena cool saja. Kita takkan dapat mengelak kritikan-kritikan negatif yang muncul dalam pelbagai rupa, seperti kata-kata nista, caci-maki, komen negatif, komplen, umpatan dan cakap-cakap belakang. Kita tak akan dapat mengelak. Anda kena terima hakikat itu.

     Apa yang perlu kita lakukan? Tenangkan diri. Jangan terus melatah, jangan terus membalas, jangan terus naik marah. Tak ada apa-apa akan berubah jika Anda terus marah, geram, sakit hati atau berdendam. Anda akan jadi 'rosak'. Bila sudah cool, bila sudah tenang. Cepat-cepat lupakan. Kena lupakan, sebab bila diingat selalu, ia akan menurunkan semangat Anda. Anda tak akan jadi bermotivasi. Bangun pagi terasa berat, malas nak buat kerja, konsentrasi Anda terganggu, perasaan Anda terguris. Makan pun tak ada selera. Anda akan jadi tertekan. Anda akan diserang stress.

     Prestasi Anda menurun. Anda akan kerap melakukan kesilapan yang akan mengakibatkan Anda dimarahi, diketawakan, direndah-rendahkan. Anda sendiri yang akan susah. Untuk itu, Anda perlu "kebal" berdepan kritikan negatif yang menyakitkan hati. Anda perlu imunisasi yang amat kuat. Orang-orang yang suka memberi kritikan negatif tetap akan ada sebab mereka nak menampakkan hanya mereka yang betul, supaya mereka dihormati, dipandang tinggi. Anda hanya 'mangsa' mereka. Jadi, tak perlu ingat selalu walaupun benar-benar menyakitkan hati.

     Jika Anda nak berjaya dalam hidup, nak merasai bahagia berpanjangan, nak kurang dibebani masalah-masalah berat, latih diri untuk sentiasa bertenang, cool. Lupakan saja. Maafkan orang yang melemparkan kritkan negatif pada Anda tu, kelak Anda akan jadi lebih bersemangat pada keesokan harinya. Sebab kita tak bermotivasi adalah kerana kita selalu mengingat perkara-perkara yang menyakitkan hati kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan