18 April 2010

Tiga Booster Kejayaan

Dalam apa jua yang Anda lakukan dan dan apa jua matlamat yang Anda ingin capai, ada tiga tips motivasi yang Anda perlu ingatkan pada diri sendiri. Saya panggil sebagai booster kejayaan.

     Apa dia? Dalam proses mencapai kejayaan, kita secara berterusan perlu menjadikan pencapaian kita di hari ini lebih baik dari pancapaian yang kelmarin sama ada dalam kerjaya, keluarga, pelajaran, komunikasi dan pengurusan diri. Kemudian, setkan minda Anda untuk menjadikan pencapaian esok hari lebih baik tahapnya dari hari ni.

     Untuk ke arah itu, Anda perlu istiqamah dalam 3 perkara ini :

1. Menambah ilmu.

Belajar seumur hidup dan sukakan ilmu, tak kira apa jua bentuknya dan belajar dari sesiapa sahaja, walaupun dia lebih muda daripada Anda. Kita dicipta berbeza-beza, jadi pengetahuan kita juga berbeza.

2. Mempelbagaikan kemahiran dan mengasah kemahiran sedia ada.

Bersedia untuk belajar benda baru tanpa meninggalkan kemahiran sedia ada. Jika Anda mahir bermain bola sepak, latih diri untuk mahir berenang dan selepas itu ajar pula orang lain supaya mereka juga mahir berenang seperti Anda. Ilmu dan kemahiran lebih berkembang dalam diri bila ia selalu diajarkan pada orang lain.

3. Upgrade emosi dan tindakan kepada yang baik-baik dan yang lebih positif.

Sejarah membuktikan, sikap jujur dan bersangka baik membuat Anda disanjung orang, disenangi, mudah dipercayai, justeru menyumbang kepada kejayaan dalam apa jua yang Anda usahakan. Contohi sikap Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat jujur, telus dan bijak!


***Itulah dia 3 tips sebagai "booster" kejayaan Anda. Aplikasikan hari ni juga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan