10 April 2010

3 cara bagaimana untuk berdepan dengan orang yang Anda tak suka

Mesti Anda ada seseorang yang Anda kurang senang dengannya, kurang senang dengan sikapnya, dengan tutur katanya. Mungkin Anda sakit hati dengan perangai dia satu ketika dulu dan Anda susah nak maafkan hinggalah ke hari ini. Bagaimana untuk berdepan dengan orang yang tak suka apatah lagi Anda jumpa dia setiap hari bekerja? Ini caranya:

1. Pasang niat untuk jadi serasi dengannya.
Niatkan yang Anda mahu berjalan seiringan dengannya, berbual-bual santai dengannya seolah-olah tiada apa-apa berlaku satu ketika dulu di antara Anda dengan dirinya. Pasang niat Anda mahu OK bila bersama-sama dengan dia, biar terbit rasa gembira apabila berbual-bual dengannya. Hati Anda akan terasa lapang selepas itu.


2. Lupakan masa lalu, maafkan dia, doakan dia.
Sebelum berjumpa dengan, sebelum terserempak dengannya di tempat kerja, ambil keputusan untuk melupakan saja kesalahan dirinya pada Anda. Lupakan supaya emosi Anda menjadi ringan tak terbeban oleh hambatan memori pahit yang menyakitkan hati. Doakan kemurahan rezekinya dan kebahagiaannya - sebelum dan sesudah berjumpa dengannya.


3. LET GO.
Lepaskan segala yang terbuku di hati, pilih untuk melupakan semuanya. LET GO. Ambil keputusan untuk menjalani hidup yang bebas dari emosi-emosi negatif seperti kemarahan, ego, dendam dan ketidaksefahaman. Hidup akan jadi lebih tenang apabila kita memilih untuk melupakan semua yang negatif.
6 Cara Bagaimana Untuk Melepaskan Rasa Sakit Hati Dengan Cara Positif

     Kebanyakan orang apabila sakit hati, dia suka pecahkan barang, tumbuk pintu, tendang pagar, lempar piring, memaki hamun tak tentu pasal. Itu semua cara yang negatif. Mesti ada cara yang positif. Jika Anda mahu lepaskan rasa sakit hati dengan cara yang positif, ini beberapa langkah yang boleh Anda lakukan (ada cara yang sedikit ganjil tapi memang berkesan):

1. Masuk ke dalam kereta, teriak sepuas-puasnya.
Tutup semua tingkap dan pintu selepas itu teriak sekuat hati lama-lama selama yang Anda boleh tahan. Lakukan 2-3 kali berulang-ulang. Anda akan rasa lega selepas itu. Teriak apa yang sja yang Anda terfikir nak teriak. Elak memaki-maki, cuma lepaskan saja kemarahan Anda.

2. Tulis semua yang Anda geramkan.
Ingat perkara-perkara dan situasi-situasi yang Anda geramkan, yang Anda rasa cukup sakit hati. Fikir, bayangakan lepas tu tulis semunya. Anda akan terdorong untuk menulis dengan penuh beremosi. Tulis saja apa yang terlintas di fikiran, apa yang terbayang di minda. Tulis hingga sudah tidak ada apa lagi yang nak ditulis.

* Tak pandai nak mengarang ayat? Gunakan cara seterusnya.

3. Rakam suara Anda untuk melepaskan apa yang membuat Anda sakit hati.
Ambil perakam suara, cakap lalu rakamkan semua apa yang membuat Anda rasa sakit hati. Cakap seolah-olah Anda sedang meluahkan kesemuanya pada seseorang di depan Anda. Cakap dan terus cakap hinggalah Anda kehabisan idea, hingga Anda termanggu-manggu tak tahu apa lagi nak dicakap.

* Selepas merakam kesemuanya, Anda ada dua pilihan.

Pilhan pertama, dengar semula apa yang Anda rakam tadi, simpan untuk didengar semula di masa lain.

Pilihan kedua, lupakan rakaman suara Anda. Padam semua yang dirakam tadi. Jangan ada rasa sesalan. Just do it!

4. Luahkan pada seseorang.
Ini cara yang selalu dilakukan oleh ramai orang. Luahkan rasa sakit hati Anda pada orang yang berhampiran dengan Anda. Jika Anda kurang senang dengan orang tu, segan atau Anda lihat dia cukup sibuk, tunggu saat dia relaks kemudian bawa dia bersembang sebagai pemula sesi 'meluahkan' Anda.

5. Pergi berjoging kemudian lepaskan semua yang menyakitkan hati ketika sedang berjoging.
Amaran! Jangan terlalu over berjoging semata-mata nak melepas rasa sakit hati. Ketika sedang melepaskan semua yang menyakitkan hati Anda, lakukannya secara berlari atau berjalan pantas. Kesannya Anda akan cepat kehabisan idea seolah-olah tiada apa lagi yang nak diluah selain tercungap-cungap menarik nafas. Cara ini cepat untuk menghilangkan rasa sakit hati.

6. Alaaa..lupakan saja!
Cara ini adalah cara yang paling senang! Tapi ia memerlukan disiplin yang tinggi. Anda perlu menjadi orang yang sangat baik hati. Apabila Anda sakit hati pada sesuatu, pada seseorang, lupakan saja. Buat donno saja, bagaikan tiada apa-apa berlaku. Kemudian, fokus pada kerja, pada apa yang perlu dilakukan.

07 April 2010

Sembilan Tips Untuk Cepat Menyesuaikan Diri

Bagaimana anda boleh cepat menyesuaikan diri dengan keadaan, orang sekeliling dan persekitaran baru tanpa perlu ada tekanan emosi sebaliknya, dengan kerelaan hati.

1. Maafkan
Pada malam sebelumnya, maafkan semua orang, lupakan kesalahan-kesalahan mereka (lupakan habis!) dari dulu sampai sekarang. Teknik ini mencuci hati dari fikiran negatif, emosi-emosi negatif lalu mengelak Anda dari tertekan saat berjumpa dengan persekitaran baru. Ia adalah rahsia komunikasi magnetik, di mana hati yang bersih menarik sesiapa jua supaya jadi senang bila berhampiran dengan Anda. Masalah kebanyakan orang, mereka susah nak jadi pemaaf.

2.Niat
Mulakan dari niat. Pasang niat dalam hati yang Anda mahu berbaik dengan mereka. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

3. Salam
Ucap salam perkenalan atau bertanya khabar, beritahu nama Anda sambil berjabat tangan. Pamerkan wajah energetik, pandang terus ke mata. Hanya mata orang tu bukannya meliar ke bibir, hidung, kening, rambut atau dagu. Anda akan diragui bila berbuat begitu di mana bola mata Anda 'menjelajah' ketika pertama kali bertemu. Lebih lihat terus ke matanya saja sambil mempamerkan wajah yang tampak yakin, yang relaks, steady, be in control.

4.Analisa
Analisa orang sekeliling tu dulu, cemana mereka, perwatakan mereka, air muka, cara diorang bercakap, pandangan mata, bahasa badan yang mereka tunjukkan. Kemudian, sesuaikan diri Anda dengan mereka.

5. Bersedia
Sedia memperkenalkan diri, beritahu sedikit latar belakang, asal anda, pekerjaan dan umur.

6. Buka Cerita
Buka cerita tentang cuaca, isu semasa. Jangan berlagak yang anda tahu banyak perkara, cukup sekadar membuka topik untuk menghangatkan suasana.

7. Buang Sangkaan Buruk
Elak sangkaan buruk dan yang negatif masuk di fikiran ketika berkenalan dengan orang sekeliling yang baru dan persekitaran baru. Anggap mereka ada ciri-ciri positif dan yang baik dalam diri masing-masing.
8. Rajin
Perlihatkan mereka kerajinan Anda, rajinkan diri membantu apa yang patut, murah berkongsi buah fikiran dan ambil bahagian dalam apa jua yang mereka lakukan. Murah dengan senyuman dan bercakap dengan tone suara yang normal, tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan.

9. Buat Mereka Ketawa
Pergaulan menjadi lebih indah, lebih berseri bila di selitkan lawak jenaka, cerita lucu dan gelak ketawa. Buat mereka ketawa, biar sampai pecah perut. Bila mereka boleh ketawa bersama Anda, maknanya mereka dah menerima kehadiran Anda!

04 April 2010

Tukar Masalah Kepada Cabaran
Mari kita bincangkan bagaimana nak menukar masalah kepada cabaran. Bila sebut masalah, kita selalu terbayang sesuatu yang pasti membebankan, menekan dan yang 'menggeramkan'. Setiap kita semua ada masalah masing-masing.
      Tapi, sebenarnya ada cara untuk keluar dari masalah. Anda boleh lakukannya. Apa jua masalah yang melanda, tukar ia kepada cabaran. Set dalam minda, katakan pada minda Anda bahawa masalah tu Anda anggap sebagai cabaran, untuk membuat Anda ada daya motivasi berusaha. Lama-kelamaan, minda akan menerimanya sebagai cabaran, bukan lagi masalah. Kesannya, Anda akan berasa 'ringan' sedikit, tak lagi tertekan seperti biasa.

     Anggap yang Anda sekarang rasa tercabar, 'terbakar' dan jadi bersemangat lalu berazam mahu menyelesaikan cabaran tu. Kena buat langkah demi langkah, sebab ia tak dapat diselesaikan sekaligus. Semua perkara bermula dari dalam minda. Bagi membolehkan minda mencari menyelesaian idea pada Anda, ia perlu berada dalam mood positif (santai, relaks, kurang berfikir). Sebab bila berada dalam emosi negatif (tertekan, geram, stress, buntu atau marah) minda tak dapat memberi idea-idea penyelesaian kerana Anda sedang dalam keadaan tertekan. Bila sudah rasa tertekan sehingga menitis air mata, takkan ada idea penyelesaian yang timbul, hanya rasa tertekan yang makin mencengkam, bahkan terus mencengkam.

      Untuk menukarnya kepada emosi positif, Anda perlu anggap masalah sebagai cabaran dan jangan sesekali menyerah diri pada tekanan perasaan. Seterusnya, tanya diri Anda dengan soalan-soalan berikut:

•Apa hikmah yang ada disebalik masalah ni?
•How can i turn this problem to something good?
•Apa langkah yang boleh aku ambil untuk menyelesaikan cabaran ni?
•Di mana aku nak mula? Apa yang aku boleh buat sekarang?
•Bagaimana cara untuk aku nak jadi optimis?
•Apa yang bagusnya tentang cabaran ni?


     Tanya berkali-kali pada diri Anda. Selepas itu, bertenang, relaks dan biar mood anda dalam keadaan santai. LET GO.

      Beberapa idea akan timbul selepas itu. Tuliskannya (atau taip dalam handphone, PDA, mahupun komputer, nanti lupa!) dan kemudian bertindak selesaikan cabaran Anda mengikut strategi yang terhasil dari penjanaan idea tadi. Teknik ni berkesan. Tak kira sama ada cabaran kewangan atau cabaran prestasi kerja mahupun cabaran dalam hal lain.

     Selepas ini, untuk memotivasikan anda, panggil masalah sebagai cabaran. Bukan saja di hati dan difikiran, tetapi di dalam sebutan dan perbuatan. Orang lain juga akan ikut buat perkara yang sama. Bila kita anggap masalah sebagai satu masalah, kita takkan dapat buat satu apa sebab kita tertekan jadinya. Tapi, bila kita anggap masalah sebagai cabaran, serta merta timbul 'booster' dalam diri untuk kita bergerak menyelesaikannya!

Apa & Kenapa Motivasi Potensi Diri


Untuk berjaya didalam kerjaya atau apa sahaja yang dilakukan didalam kehidupan seharian kita perlu berusaha secara berterusan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dengan meningkatkan diri kita didalam tiga perkara.


1. Menambah Ilmu Pengetahuan (tahu apa)
2. Mempelbagaikan Kemahiran (tahu bagaimana)
3. Merubahkan Sikap Kearah Yang Positif (tahu kenapa)

      Inilah yang dilakukan didalam latihan atau kursus - kursus yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk kakitangannya atau yang dilakukan sendiri oleh individu yang mahu meningkatkan dirinya.

     Motivasi Potensi Diri ialah modul yang berkaitan dengan perubahan sikap kearah yang positif. Sikap adalah perkara yang sukar diubah seperti sabda Rasulullah, " Kalau ada orang menyatakan Gunung Uhud itu sudah berubah tempat, boleh dipercayai tanpa dilihat terlebih dahulu. Tetapi kalau ada orang yang menyatakan Polan itu sudah berubah perangainya jangan kita terima kecuali kita saksikan dulu." Bagaimanapun ia boleh diubah seperti tercatat didalam Surah Arra'd ayat 11, ' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya'.

     Anda boleh berubah sekiranya anda mahu dan bersedia untuk berubah. Ramai yang mahu berubah tetapi tidak bersedia kerana tidak tahu caranya. Berdasarkan pembacaan, mengikuti kuliah, pemerhatian, pengalaman dan sedikit kajian saya menemui satu fakta yang menarik tentang perubahan sikap.

     Seseorang itu tidak boleh berubah dengan cuba mengubah sikap. Apa yang perlu dilakukan ialah terlebih dahulu mengenali dan memahami apakah faktor-faktor kepada perubahan sikap. Inilah perkara yang perlu diubah terlebih dahulu. Umpama penyakit puncanya perlu diketahui dan difahami untuk memudahkannya diubati.

MODUL MOTIVASI POTENSI DIRI
Faktor kepada perubahan sikap ialah perasaan, kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan kelebihan serta kelemahan diri iaitu potensi diri.

Untuk mengubah sikap
kita perlu mengubah perasaan.
Sebelum mengubah perasaan
kita perlu mengubah kepercayaan.
Sebelum mengubah kepercayaan
kita perlu mengubah pemikiran.
Sebelum mengubah pemikiran
kita perlu mengubah imaginasi.
Sebelum mengubah imaginasi
kita perlu mengubah janji diri.
Sebelum mengubah janji diri
kita perlu mengenali potensi diri.

     Mengenali Potensi (kelebihan & kekurangan) Diri menjadi asas kepada usaha merubah perkara - perkara yang lain. Pembahagian topik (penerangan & perbincangan) Motivasi Potensi Diri adalah seperti berikut :

13. KEJAYAAN
12. USAHA
11. TINDAKAN
10. PERANCANGAN
9. MATLAMAT
8. MOTIVASI
7. SIKAP
6. PERASAAN
5. KEPERCAYAAN
4. PEMIKIRAN
3. IMAGINASI
2. JANJI DIRI
1. POTENSI DIRI