
Apa ertinya harta yang banyak apabila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apa ertinya segala yang ada di dunia ini, apabila perasaan sering bersedih seumpama orang yang baru selesai menghantar jenazah kekasihnya? Apa ertinya kecantikan seorang isteri sekiranya sering berwajah muram & hanya membuatkan suasana rumah tangga seolah-olah seperti neraka sahaja? Tentulah, seorang isteri yang tidak terlalu cantik dan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumahtangganya laksana syurga setiap masa.
Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus & untuk menutupi perangai yang tidak baik. Lihatlah setiap bunga tersenyum, hutan tersenyum, sungai & lautan, langit, bintang-bintang dan burung-burung, semuanya tersenyum. Manusia, sesuai dengan watak asasnya adalah makhluk yang suka tersenyum jika dalam dirinya tidak menonjolkan penyakit tamak, jahat dan egoisme yang sering membuat raut wajahnya tampak kusut & muram. Raut wajah seseorang adalah bisikan gambaran keadaan jiwanya. Oleh itu, tidak akan nampak keindahan pada orang yang jiwanya tidak tenang dan tidak akan ada kebenaran dari orang yang hatinya kotor.
Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatannya, fikiran dan dorongan hidupnya. Yakni; apabila amal perbuatan baik, fikirannya bersih & motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah sebagaimana dunia itu diciptakan. Jika terjadi sebaliknya, dunia akan terlihat gelap-gelita dn dia melihat segala sesuatu terasa hitam pekat.

Anda sering mempunyai kesempatan untuk meraih kejayaan dalam hidup. Oleh itu, biasakan fikiran anda agar selalu optimis dan yakin akan masa depan yang lebih baik. Jika anda berkeyakinan bahawa anda adalah orang yang hanya berkemampuan untuk mengurusi perkara-perkara yang kecil bererti kehidupan anda tidak akan melebihi perkara-perkara kecil sahaja dalam hidup ini. Sebaliknya, jika anda berkeyakinan bahawa anda orang yang berkemampuan melakukan perkara-perkara yang besar, nescaya anda akan memiliki semangat dan tekad yang besar yang akan mampu menghancurkan semua aral & rintangan. Dengan semangat ini, anda akan dapat menembus setiap tembok penghalang dan memasuki lapangan kehiduapan yang sangat luas untuk suatu tujuan yang mulia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan