07 Mac 2011

Kendalikan Perasaan Anda

     Emosi & perasaan seseorang akan bergolak disebabkan dua perkara: kegembiraan yang memuncak dan musibah yang berat. Oleh itu, siapa yang mampu menguasi perasaannya dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan, maka dia berhak mendapat penghargaan berupa hati yang teguh dan stabil serta memperolehi kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan kerana berjaya mengalahkan nafsu. 

Manusia adalah makhluk yang senang bergembira & berbangga diri. Namun, ketika ditimpa kesusahan, manusia mudah berkeluh-kesah, dan ketika mendapat kebaikan, manusia menjadi kikir. Sesungguhnya, emosi yang tidak dikendali hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri kerana ketika seseorang sedang marah misalnya, maka kemarahannya akan meluap-luap dan sukar dikendalikan. Itu akan membuat seluruh tubuhnya gementar, mudah memaki siapa sahaja, seluruh isi hatinya tertumpah ruah dan akan cenderung bertindak mengikut nafsunya.  Sekiranya dia mengalami kegembiraan, dia menikmatinya secara berlebihan, mudah lupa diri dan tidak ingat lagi siapa dirinya.

Barangsiapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segala dengan benar, maka ia akan mudah melihat kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan benar.

Senyumlah

     Tertawalah sewajarnya merupakan ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa bergembira & menyenangkan hati. Tertawa adalah puncak kegembiraan, keceriaan & keriangan asalkan tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan dengan mengejek @ mencemuh. Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang berkemampuan lebih dalam mengerjakan pelbagai urusan, lebih bertanggungjawab ketika memikul tugas, orang yang paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lebih profesional dalam memikul urusan penting yang bermanfaat bagi diri mereka dan masyarakat.

      Apa ertinya harta yang banyak apabila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apa ertinya segala yang ada di dunia ini, apabila perasaan sering bersedih seumpama orang yang baru selesai menghantar jenazah kekasihnya? Apa ertinya kecantikan seorang isteri  sekiranya sering berwajah muram & hanya membuatkan suasana rumah tangga seolah-olah seperti neraka sahaja? Tentulah, seorang isteri yang tidak terlalu cantik dan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumahtangganya laksana syurga setiap masa.

     Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus & untuk menutupi perangai yang tidak baik. Lihatlah setiap bunga tersenyum, hutan tersenyum, sungai & lautan, langit, bintang-bintang dan burung-burung, semuanya tersenyum. Manusia, sesuai dengan watak asasnya adalah makhluk yang suka tersenyum jika dalam dirinya tidak menonjolkan penyakit tamak, jahat dan egoisme yang sering  membuat raut wajahnya tampak kusut & muram. Raut wajah seseorang adalah bisikan gambaran keadaan jiwanya. Oleh itu, tidak akan nampak keindahan pada orang yang jiwanya tidak tenang dan tidak akan ada kebenaran dari orang yang hatinya kotor.

    Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatannya, fikiran dan dorongan hidupnya. Yakni; apabila amal perbuatan baik, fikirannya bersih & motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah sebagaimana dunia itu diciptakan. Jika terjadi sebaliknya, dunia akan terlihat gelap-gelita dn dia melihat segala sesuatu terasa hitam pekat.

     Hidup ini adalah seni dan seni dapat dipelajari dan ditekuni. Sebaiknya, manusia berusaha keras dan penuh kesungguhan belajar tentang bagaimana menghasilkan kebahagiaan sepanjang hidupnya. Ramai tidak mampu melihat keindahan hidup ini. Jangan hanya membuka mata untuk wang & mengira wang tanpa berfikir bagaimana membuat hati mereka bahagia. Bagi mereka, wang adalah satu-satunya alat untuk mencapai kebahagiaan. Tiada yang membuatkan jiwa & wajah menjadi muram selain keputusaasaan. Maka, jika anda menginginkan senyuman, tersenyumlah terlebih dahulu. Sesungguhnya, kesempatan terbentang luas bagi anda & semua manusia.

     Anda sering mempunyai kesempatan untuk meraih kejayaan dalam hidup. Oleh itu, biasakan fikiran anda agar selalu optimis dan yakin akan masa depan yang lebih baik. Jika anda berkeyakinan bahawa anda adalah orang yang hanya berkemampuan untuk mengurusi perkara-perkara yang kecil bererti kehidupan anda tidak akan melebihi perkara-perkara kecil sahaja dalam hidup ini. Sebaliknya, jika anda berkeyakinan bahawa anda orang yang berkemampuan melakukan perkara-perkara yang besar, nescaya anda akan memiliki semangat dan tekad yang besar yang akan mampu menghancurkan semua aral & rintangan. Dengan semangat ini, anda akan dapat menembus setiap tembok penghalang dan memasuki lapangan kehiduapan yang sangat luas untuk suatu tujuan yang mulia.

03 Mac 2011

Kesedihan Bukan Keharusan

Bersedih itu sangat dilarang. Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh roh semangat & membekukan jiwa. Kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh  menjadi lemas dan tidak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian?

Mengapa? Kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamlan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal sehingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan kebaikan bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang disenangi oleh syaitan. Maka, syaitan akan selalu berusaha agar seseorang itu bersedih untuk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya. Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang diharapkan. Kesedihan adalah sahabat karib kecemasan. Adapun perbezaan di antara keduanya ialah: apabila sesuatu perkara yang tidak disukai hati itu dan ia belum terjadi, ia akan menimbulkan kecemasan. Namun, apabila sesuatu kejadian yang tidak diingini dan ia terjadi, maka ia akan menimbulkan kesedihan, Persamaannya, kedua-duanya boleh melemahkan semangat beraktiviti dan mematikan kehendak hati untuk berbuat suatu kebaikan.

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan ia juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yang  boleh mengakibatkan kelesuan, keluhan dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yang menggelapkan hati dan akan membuat seluruh keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan pesemisme, penyesalan & kebinasaan diri yang tiada tara. Namun, pada tahap tertentu, kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ianya pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, sebaiknya anda berusaha untuk sentiasa gembira dan berlapang dada.

28 Februari 2011

BeRsIkApLaH sEwAjArNyA

Keadilan adalah tuntutan akal & syariat. Keadilan adalah tidak terlalu berlebih-lebihan terhadap sesuatu, tidka pula meremehkannya, tidak pula terlalu boros, dan tidak menghambur-hamburkannya. Barangsiapa menginginkan kebahagiaan; ia hendaklah mengendalikan setiap perasaan & keinginannya agar mampu bersikap adil di dalam setiap keadaan, sama ada ketika senang ataupun ketika marah, dan ketika gembira mahupun ketika sedih. Tindakan berlebihan @ melampaui batas dalam menyingkapi segala peristiwa  mewujudkan kezaliman kita terhadap diri kita sendiri.

Bagusnya keadilan itu!Kehidupan ini juga berjalan sesuai dengan konsep keadilan itu. Manusia yang paling sengsara adalah mereka yang menjalani kehidupan ini dengan mengikuti hawa nafsu dan menuruti setiap dorongan emosi serta ekinginan hatinya. Dalam keadaan itu, mereka akan merasa setiap peristiwa menjadi sedemikian berat & sangat membebani, seluruh sudut kehidupan menjadi semakin gelap-gelita dan kebencian, kedengkian serta dendam kesumat mudah bergolak di dalam hatinya.

Akibatnya, semua itu membuat kehidupan seseorang itu seolah-olah dalam dunia khayalan dan ilusi. Ia akan memandang setiap hal di dunia ini musuhnya. Ia menjadi mudah curiga dan serasa setiap orang di sekelilingnya sedang berusaha nmenyingkirkan dirinya; dan ia akan selalu dibayangi rasa was-was dan kekhuatiran bahawa dunia ini setiap saat akan merenggut kebahagiaannya. Maka, orang seperti itu sentiasa hidup di bawah naungan awan hitam keemasan, kegelisahan dan kegundahan.

Letakkan hati anda ada kerusinya, nescaya kebanyakan hal yang dikhuatirkannya tidak akan pernah terjadi. Dan sebelum sesuatu yang anda cemaskan itu benar-benar terjadi, fikirkan saja apa yang paling buruk darinya; dan kemudian persiapkan diri anda untuk menghadapinya dengan tenang hati. Dengan itu, anda akan dapat menghindari semua bayangan yang menakutkan yang seringkali mencabik-cabik hati sebelum benar-benar terjadi.

26 Februari 2011

jAlAnI hIdUp ApA aDaNyA

     Keadaaan dunia ini kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa, banyak warna. Semua itu bercampaur-baur dengan kecemasan & kesulitan hidup. Dan anda adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran.
     Anda tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan. Bahkan, kadangkala justeru pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk & tidak anda sukai. Maka, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal iu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau mahu selamat dengan adil & bijaksana kerana setiap luka ada harganya.
     Jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, jangan larut dalam khayalan dan jangan anda menerawang ke alam imaginasi. Hadapi kehidupan ini apa adanya; kawallah jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya! Bagaimanapun, tidak mungkin semua teman tulus kepada anda & semua perkara sempurna pada mata anda kerana kesempurnaan itu ciri dan sifatnya kehidupan dunia.
     Rapatkan barisan, satukanlah langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyulitkan, menutup mata dari beberapa hal untuk saat-saat tertentu, meluruskan langkah & mengesampingkan pelbagai hal yang mengganggu.


AmBiLlAh MaDu & JaNgAn RoSaK SaRaNgNyA

     Di mana pun kelembutan itu berada, ia akan menghiasi tempat itu. Demikian halnya apabila ia dicabut dari suatu tempat; ia akan mengotorinya. Kelembutan tutur kata, senyuman  tulus di bibir, dan sapaan-sapaan yang terpuji saat bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang yag mulia.
     Semua itu merupakan sifat seorang mukmin yang akan menjadikannya seperti seekor lebah; makan dari makanan yang baik dan menghasilkan madu yang baik. Dan apabila hinggap pada setangkai bunga, ia tidak akan merosakkanya. Itu, kerana Allah menganugerahkan pada kelembutan sesuatu yang tidak DIA berikan kepada kekerasan.
    Di antara manusia terdapat orang-orang "istimewa" yang membuat banyak kepala tunduk hormat menyambut kedatangannya, orang datang berduyun-duyun kerana ingin melihat mukanya, banyak hati bersimpati padanya dan banyak jiwa memujanya. Dan mereka itu tidak lain adalah orang-orang yang banyak dicintai dan dibicarakan manusia keranan kedermawanan dan kelobaannya, kejujurannya dalam berjual-beli, dan keramahan dan sopan-santun dalam bergaul.
     Mencari banyak teman merupakan tuntutan dalam hidup yang selalu dicontohi oleh orang-orang terhormat kerana akhlaknya dan perilakunya yang terpuji. Mereka itulah orang-orang yang selalu berada di tengah-tengah kerumunan manusia dengan senyuman yang merekah, keramahan yang mententeramkan dan sopan-santun yang menyejukkan. Dan kerana itu, mereka selalu ditanyakan dan didoakan ketika tidak terlihat.

  

21 Februari 2011

Sesungguhnya Setelah Kesulitan Ada Kemudahan

     Setelah lapar ada rasa kenyang, setelah haus ada rasa kepuasan, setelah berjaga malam, ada tidur nyenyak...dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti akan ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk; dalam kesulitan ada kemudahan & setiap kegelapan akan terang benderang...
     Sampaikan khabar gembira pada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak dan dasar-dasar lembah; kepada orang yang dilanda kesusahan bahawa; pertolongan akan datang secepat kilat cahaya & kerdipan mata; kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba.

     Saat and amelihat hamparan padang Sahara yang seoalh memanjang tanpa batas, ketahuilah di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahawa, tali itu akan segera putus.

     Mereka yang terpaku pada waktu mereka yang terbatas dan pada keadaan mereka yang (mungkin) sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan keputusan dalam hidup mereka. Itu, kerana mereka hanya menatap dinding-dinding bilik dan pintu-pintu mereka sahaja. Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir & berfikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya.

     Oleh itu, janganlah anda merasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu bergantu, malam demi malam pun datang silih berganti. Namun, yang ghaib akan tetap bersembunyi.

tEgUhKaN KePeRiBaDiAn Anda

      Jangan mudah mengenakan & meniru-niru ciri keperibadian umat lain! Itu akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagi anda. Orang yang lupa dengan diriny sendiri, suaranya, gerakan tubuhnya, ucapannya, kemampuannya & keadaan sendiri, kebanyakanntya akan meniru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan melatah, mengada-ada, berpura-pura & kehilangan jati diri.

     Sejak zaman Nabi Adam a.s hingga makhluk terakhir ciptaan Allah, tidak pernah ada dua orang yang sama seperti rupanya. Maka, mengapa masih ada orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilaku & keperibadiannya dengan bangsa lain?
    
     Anda ialah sesuatu yang lain daripada yang lain; tidak ada seorang pun yg menyerupai anda dalam catatan sejarah kehidupan ini; belum pernah ada seorang pun yang diciptakan sama & tidak akan pernah ada orang yang serupa dengan anda di kemudian hari.

      Tetaplah berpijak & berjalan pada keadaan & perilaku anda sendiri!.

     Hiduplah sebagaimana anda diciptakan; jangan mengubah suara anda & jangan pula menrubah cara anda berjalan! Jangan melupakan keadaan anda & janganlah membunuh kemerdekaan anda sendiri! Anda memiliki corak & warna anda sendiri.

     Umat manusia diciptakan dengan pelbagai tabuat dan wataknya seperti alam tumbuhan; ada yang manis & masam; dan ada yang panjang & pendek.


HaRi InI MiLiK aNdA....

     Apabila anda berada pada pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu, anda tiak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

     Hari yang saat ini metaharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari ana, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

     Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.
     
     Pusatkanlah seluruh perhatin dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamkanlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu & memelihara indahnya kehidupan.

     Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian & kebencian atau sakit hati. Jangan lupa, hendklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati atau di meja anda: "Hari ini adalah milikmu."  Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat & tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang dengan prinsip anda. Perbaikilah keadaaan hari ini sepaya ia lebih baik daripada semalam.

     Ungkapan "Hari ini milik anda" adalah ungkapan yang paling indah bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah & menyenangkan.

"Selamat Berusaha"

16 Februari 2011

Motivasi Diri

Yang lalu, biarlah berlalu....
      Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh & gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

      Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Namun, pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

     Oleh itu, tiada lagi kesedihan, kedukaan & KEGAGALAN lain. semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ia memang  sudah tiada.

     Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut. Apakah anda menginginkan pelbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kli? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asal?

     Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresah & kegelisahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

     Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.


     Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air mengalir ke depan dan semuanya akan berjalan ke depan....Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.....


03 Disember 2010

Komunikasi Dalam Diri

Salam sejahtera..
Salam ceria dan salam hebat luarbiasa..

Bangun pagi-pagi, bila kita fikir kita ni seorang yang hebat, tak ke ia bagus untuk memberi semangat pada diri kita?

     Pedulikan cakapan orang lain, yang penting kita sendirilah yang patut memberi semangat pada diri kita sendiri.. Anda seorang yang hebat, kerana memiliki minda yang amat hebat.

     Jika difikirkan cakapan orang lain, ia hanya akan memusnahkan kita, menghadkan potensi kecemerlangan kita dan "menghancuskan" kita.. mengapa pula? sebab

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan.

Kalau orang kata bodoh dan kita berfikir kita ni bodoh dan seakan percaya dengan kebodohan kita, maka akan jadi bodohlah kita. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta.

     Kalau pagi-pagi bangun asyik fikir yang kita ni takde duit dan sentiasa bermasalah duit, begitu jugalah jadinya kita. Apa yang kita selalu fikirkan, tu lah yang akan jadi selagi kita tak mengubahnya.

     Bagi Anda yang tidak tahu menahu tentang Law Of Attraction, inilah hakikat sebenornye. Fikiran kita menarik semua apa yang selalu bermain di minda kita. Oleh itu, Anda perlu belajar mengenai kawalan minda dan be aware (berwaspada) bila berkata dengan diri sendiri.

Kali ini saya berkata tentang komunikasi diri. Setiap hari kita berkomunikasi dengan diri kita.

Ia dalam 2 bentuk, komunikasi luar dengan orang lain (external communication) dan komunikasi dalam diri dengan diri sendiri (internal communication).

     Semua apa yang berlaku pada diri kita, bukan sebab orang lain, tapi sebab kita sendiri.Orang cemerlang sentiasa positif kerana mereka sentiasa berkomunikasi yang positif dengan diri sendiri dan memilih untuk meletakkan diri mereka dalam situasi-situasi positif.

Kita yang memilih untuk menjadikan diri kita ni apa, bahkan kita "mencipta" semua yang berlaku pada diri kita. Kita jadi malas, sebab kita layan rasa malas dan membiarkan rasa malas menguasai diri kita bahkan berkata pada diri sendiri betapa syoknya kalau layan rasa malas.

     Kita sentiasa menghadapi masalah kewangan kerana kita sendiri yang memilihnya dan berkata pada diri sendiri betapa syoknya kalau berhutang mahupun berbelanja sakan.

Kita tak memilih untuk menjaga kewangan kita dan tidak memantau perbelanjaan kita mahupun bekerja keras menambahkan punca pendapatan kita, bahkan kita berkata dengan diri sendiri "ini aku punya duit, suka hati akulah apa aku mau buat".. Ada ke?

     Fikiran positif dan negatif terbit dari komunikasi kita dengan diri sendiri. Bagaimana interpretasi kita dan tanggapan kita pada orang lain, itulah yang akan menentukan persepsi kita dan jenis gelombang yang dikeuarkan oleh minda kita.

     Cemana kita pandang situasi tu, cemana kesimpulan kita, apa reaksi kita, itulah yang akan membentuk ciri-ciri komunikasi kita dengan diri sendiri sama ada positif atau negatif.

Cuba bayangkan bila kita melihat seorang gadis yang memandu kereta Satria GTi stail sporty kaler silver lalu di depan Anda dengan perlahan, bahkan dia senyum lagi pada Anda.

Apa respon Anda? Mari kita tengok, adakah Anda dalam situasi ini...

Situasi 1:

"Hek eleh.. berlagak la tu.. ingat dia sorang aje ada kete camtu? Boleh jalan daa.."

Situasi 2:

"Wow.. cantiknya kereta dia! Senyumannya manis juga.. wow, kagumnya aku! Tambah semangat aku tengok kete tu, kalau dia boleh ada kete camtu, aku pun boleh! Aku cuma tambah income lebih banyak dari sekarang untuk beli kereta gitu"

Ok, saya akan analisa satu persatu. Sedar atau tidak, Situasi 1 merupakan satu contoh bentuk komunikasi negatif dengan diri Anda.

     Mengapa pula? sebab Anda telah melahirkan perasaan cemburu, menyampah, geram dan perasaan sakit hati pada gadis tu serta keretanya. Lalu, setelah berkomunikasi begini dengan diri Anda sendiri, minda Anda mengeluarkan gelombang negatif.

Seterusnya, ia akan menarik situasi-situasi negatif, orang-orang yang negatif dan perkara negatif. Selepas itu, banyak situasi negatif akan berlaku pada Anda secara kebetulan.

Jangan heran kalau tetiba Anda jatuh longkang, dompet hilang, tersilap bagi duit, hanphone terjatuh, kasut kena curi, kereta Anda terlanggar oleh kereta orang lain, baju terkena kuah kari dan macam-macam lagi situasi negatif yang semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Situasi 2 merupakan komunikasi positif dengan diri sendiri. Pemikiran positif merupakan pemikiran yang baik-baik, sentiasa memuji orang lain dan sentiasa terbit kekaguman. Orang yang camni di akan sentiasa menumpukan pada ciri-ciri yang baik pada semua benda, semua orang dan semua keadaan.

Dia kagum dengan kereta Satria Gti tu dan jadi tambah bersemangat bila melihat kereta tu.

Mindanya akan mengeluarkan gelombang positif lalu menarik situasi-situasi positif, orang-orang yang positif dan perkara-perkara positif secara kebetulan.

Dia berjumpa dengan lebih banyak lagi kereta Satria Gti yang sporty, gadis-gadis yang manis, orang-orang yang hebat penampilannya, rumah yang cantik-cantik dan bertemu dengan orang-orang yang sentiasa tampil ceria, bersemangat dan energetik. Jika Anda pernah berada dalam situasi kebetulan, itu bukan kebetulan.

Itu semua kerja minda. Itulah Law Of Attraction.

Pernahkah Anda teringat seseorang dan tiba-tiba dia muncul di depan Anda?

Pernah tak Anda berfikir nak beli buku motivasi dan tiba-tiba Anda bertemu dengan banyak buku-buku motivasi?

Pernah tak Anda berfikir nak tambah income dan tiba-tiba Anda bertemu dengan banyak peluang menjana wang, secara kebetulan dan secara tiba-tiba?

Pernah tak Anda berfikir nak baca blog motivasi asyik berfikir kat mana nak cari blog motivasi dan tetiba berjumpa dengan blog saya ni?

Itu semua bukan kebetulan.

Ia adalah tanda, minda Anda telah mengatur segalanya.

Tingkatkan Keyakinan Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Moga sihat sejahtera hendaknya.
Bagaimana nak meningkatkan keyakinan diri? Ada banyak cara sebenarnya tapi saya akan kongsikan 3 cara saya dalam meningkatkan keyakinan diri.

1. Lihat Keyakinan Orang Lain Dan Tiru.

Dalam artikel lalu saya ada menulis tentang konsep modelling, maksudnya Anda meniru dan 'mengkopi' gaya orang lain, memahirkan diri dengannya, serap lalu menjadikannya tabiat diri Anda. Untuk meningkatkan keyakinan diri, cari orang pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemudian kaji gaya mereka bercakap.

Lihat gaya orang-orang yang Anda rasa keyakinan dirinya tinggi, perhatikan gayanya berjalan, bercakap, stailnya, gaya badannya bila berbual dan ketika makan. Kemudian, tiru! Lama-kelamaan keyakinan diri Anda akan meningkat, langkah demi langkah.

2. Latih Diri Untuk Sentiasa Bercakap.

Saya dulu seorang yang pendiam. Namun, sejak saya memegang jawatan sebagai Supervisor dan dalam masa yang sama terlibat dalam Direct Selling, saya tak tahu cemana nak tingkatkan keyakinan diri. Tapi, bila saya tengok kawan-kawan yang rajin bercakap, mereka mempunyai self confidence yang sangat tinggi.

    Lalu, saya melatih diri untuk melakukan perkara yang sama. Saya berbual apa saja topik dengan sesiapa saja, adik beradik, kawan serumah, rakan sekerja sehingga bos saya. Saya berbual tentang banyak topik dari bola sepak, fitness, renang, isu semasa, hal-hal time kerja, tentang komputer, handphone, bahkan sehingga part-part yang agak personal.

Rajinkan Diri Anda Bercakap dan Ikhlaskan Hati Bila Berbual-bual.

     Anda kurang yakin kerana Anda memilih untuk menjadi pasif tanpa Anda sendiri sedari. Jadi, aktifkan diri Anda ! Mulakan perbualan dengan sesiapa sahaja.

Tak perlu bercakap sendiri di depan cermin. Cara latihan yang paling baik ialah rajin bercakap di depan orang lain, sesiapa saja seramai yang mungkin dalam sehari. Kesannya, Anda akan hilang rasa malu dan keyakinan diri akan mula bertambah step by step.

3. Ubah Mindset

Bayangkan diri Anda sebagai seorang yang segak dan anggun dengan air muka yang 'konfiden'. Yakinkan diri untuk bercakap, berbual dan berkata-kata. Kalau masih tak yakin, beranikan diri seberani yang mungkin dan 'konfidenkan' diri. Cuba berlakon sebagai seorang yang nampak yakin.

     Sebelum itu, bayangkan yang Anda melihat diri Anda dengan muka yang yakin, bersalam dengan orang lain dengan penuh konfiden dan berbual dengan gaya yang berkarisma. Buat selalu sebelum Anda turun kerja atau sebelum keluar rumah. Lama-kelamaan, ia akan jadi kebiasaan.

     Anda tak yakin sebab Anda takut dan malu. Takut adalah sebab utama mengapa ramai yang jadi tak yakin dan sebab takut juga Anda jadi malu, takut diumpat, diperlekeh dan takut orang lain mentertawakan Anda.

    Untuk meningkatkan keyakinan diri, Anda perlu berlatih, berlatih dan terus berlatih bercakap. Lama-kelamaan Anda akan memiliki kecantikan sosial, di mana orang akan berasa senang bila bersama-sama dengan Anda bila-bila masa, di mana jua Anda berada.

   Berusaha untuk sentiasa buat orang lain berasa senang dan kurangkan bercerita pasal diri sendiri, tu orang tak berapa suka. Selain tu, latih diri untuk menjadi yakin dan pamerkan keyakinan diri Anda di mana jua. Moga tips ini bermanfaat untuk Anda.



7 Tips Pekerja Cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Bagaimana hendak menjadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin dan sehebat yang mungkin tak kira apa jua bidang kerja yang menjadi kerjaya Anda. Bila Anda memasang matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini beberapa tips asas.

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.

Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?

Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk. Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai 'booster' motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.

Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.

3. Komited.

Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit.

Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja. Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

5. Belajar Tanpa Henti.

Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

     Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.

6. Hormat Semua Orang.

Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.

     Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda. Takde gunanya Anda jadi 'bising' maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.
7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.

Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan 'first impression' orang lain amat penting dalam suasana kerja. Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.
     Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu. Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang !

     Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang. Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep 'memberi', tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya.

    Lebih banyak Anda memberi, lebih banyak juga Anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tips ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang dengan sendirinya pada Anda. Dijamin !



15 November 2010

Jadilah Remaja Berwawasan

PARA remaja atau muda-mudi adalah pewaris kita bagi masa hadapan. Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara.

      Maka adalah penting bagi kita memastikan agar mereka bersedia untuk membawa obor perjuangan kita pada masa hadapan. Mereka mestilah menjadi golongan yang boleh diharapkan, bukan sahaja untuk membina masyarakat dan negara yang maju jaya, tetapi yang lebih penting adalah Islam akan terus menjadi panduan masyarakat kita. Kita sekarang sudah mempunyai contoh-contoh yang baik yang boleh kita ambil sebagai teladan.

     Kita mempunyai segolongan muda-mudi Islam yang berupaya menjadi kebanggaan dan harapan masyarakat kita. Dan sekarang kita melihat semakin ramai anak muda kita yang berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam. Mereka ingin mempraktikkan agama Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini harus dibanggakan dan terus disemai serta dipupuk subur lebih ramai remaja dan golongan muda menjadikan Islam sebagai teras kehidupan mereka.

      Bagaimanapun, masih ramai lagi di kalangan remaja kita yang terbawa-bawa dengan budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Sebagai contoh, kita sering mendengar terdapat sebilangan muda-mudi melahirkan anak luar nikah dan mencampakkan bayi di tempat pembuangan sampah, sementara sebahagian lagi menggugurkan kandungan mereka. Ini tidak termasuk muda-mudi yang ketagih arak dan alkohol, juga ketagihan dadah Adakah ini yang kita inginkan dalam masyarakat Islam kita? Adakah mereka ini yang diharapkan sebagai contoh ‘khaira ummah’atau sebaik-baik umat? Semakin ramai remaja kita yang tanpa segan silu membuka aurat mereka. Malah ada yang lebih berani lagi. Mereka berdua-duaan dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

     Ini bertentangan dengan ajaran Islam. Mengapakah mereka berkelakuan demikian? Banyak faktor yang menyumbangkan peranannya. Bagaimanapun, yang paling ketara adalah faktor pendedahan terhadap budaya-budaya asing. Kalau pada zaman datuk nenek kita dahulu, cuma ada radio, zaman ibu bapa kita pula ada televisyen. Sekarang ini kita menghadapi pula teknologi internet dan televisyen kabel yang mana segala bentuk informasi dapat diraih hanya dengan menekan butang sahaja.

     Memang tidak dinafikan bahawa internet dan televisyen kabel membawa kebaikan. Dengannya kita lebih tahu perkembangan dunia dan ilmu-ilmu sains terkini. Masyarakat kita pula tidak lagi seperti katak di bawah tempurung. Berbagai-bagai faedah yang dapat diraih. Bagaimanapun, internet dan televisyen kabel juga membawa bersama unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai Islam.

     Jika kita tidak dibentengi dan diperkuatkan dengan agama, maka kita juga mudah terpedaya dengan unsur-unsur negatif tersebut. Setiap kali kita menonton filem Barat, akan dipaparkan adegan-adegan yang tidak sesuai dengan Islam. Setiap kali kita menonton televisyen, kita akan mendengar perkataan-perkataan lucah. Setiap kali juga kita menonton televisyen, kita akan disajikan dengan cara kehidupan yang bertentangan dengan Islam. Bayangkanlah.

     Seorang remaja yang masih memerlukan kepimpinan dalam kehidupan mereka, disajikan setiap hari dengan budaya hidup yang bertentangan dengan Islam, tidakkah ia akan mudah terpengaruh? Menerusi internet pula, lelaman lucah dengan mudah dilayari. Jika inilah sajian yang terhidang kepada anak-anak Islam kita semasa mereka sedang membesar, maka tidak hairanlah akhirnya nilai-nilai Islam menjadi asing kepada mereka. Dalam kesedaran ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Setiap ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai Islam. Anak-anak adalah amanah Allah. Dan Allah akan menyoal kita di akhirat kelak tentang didikan terhadap anak-anak kita. Berapa ramai ibu bapa yang akan diseret ke neraka atas perbuatan anak-anak mereka?

     Kita tidak boleh menyalahkan televisyen kabel atau internet di atas keruntuhan akhlak para remaja dan muda-mudi zaman sekarang ini. Sebaliknya, kita perlu merenung kembali. Adakah kita sudah memainkan peranan yang secukupnya sebagai seorang bapa, sebagai seorang ibu, sebagai seorang abang atau kakak? Adakah kita sudah memainkan peranan yang secukupnya dalam mendidik dan menanamkan keimanan dalam jiwa anak-anak Islam kita sehingga mereka tidak mudah terpedaya? Sudahkah anak-anak kita diberi pengajaran Islam yang secukupnya untuk mereka menghadapi dunia sekarang yang penuh cabaran ini?

     Anak-anak secara semula jadi memandang ibu bapa mereka dahulu sebagai panduan hidup mereka. Sekiranya ibu-bapa tidak memberikan contoh yang baik, sekiranya ibu bapa sendiri terpengaruh dengan unsur-unsur negatif Barat, maka tidak hairanlah jika anak-anak mereka juga berkelakukan sedemikian. Bak kata pepatah "bapak borek, anak rintik."

      Bagaimanapun, ibu-bapa menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak mereka, menjadikan keluarga mereka sebagai keluarga Islami, yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga mereka, maka percayalah, anak-anak mereka juga akan menjadikan Islam sebagai panduan kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian itu, kita menyeru kepada para remaja dan belia kita, agar menyedari bahawa mereka adalah adalah harapan keluarga dan negara.

     Jika mereka menjalankan tanggungjawab sebagai remaja atau belia Islam yang dinamik, maka masyarakat kita dan negara akan menjadi lebih maju lagi. Bagaimanapun, jika mereka lebih mementingkan keseronokan dan hiburan sehingga lalai daripada tanggungjawab, maka masyarakat dan negara kita akan menjadi lemah. Sebagai belia dan remaja Muslim, kita mempunyai beberapa tanggungjawab asas yang penting untuk dipraktikkan pada zaman yang serba mencabar ini.

     Pertama, kita mestilah sedar bahawa waktu remaja bukanlah untuk berseronok semata-mata, tetapi waktu tersebut mestilah diisi dengan mencari dan menimba ilmu pengetahuan dan menghayati agama Islam. Jadikanlah waktu tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi masa hadapan apabila kita semakin tua kelak.

     Kedua, kita tidak harus mudah terpedaya akan unsur-unsur negatif. Ambillah budaya yang baik daripada sesiapa pun dalam mencari dan meningkatkan ilmu. Bagaimanapun, kekalkan akhlak dan cara kehidupan sebagai orang Islam. Kita akan menjadi orang yang paling disegani dan dihormati kelak. Kita akan berjaya di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

    Ketiga, sebagai remaja dan belia, janganlah kita menghabiskan masa berkhayal dengan perasaan cinta dan mencari pasangan. Ia tidak membawa banyak hasil. Malah masa kita yang berharga itu sepatutnya dihabiskan dengan mencari ilmu atau menyumbang kepada masyarakat.

     Keempat, hormatilah ibu bapa kita, walaupun pada pandangan kita mereka tidak memahami jiwa dan perasaan kita. Sesungguhnya, ibu bapa adalah pintu yang sentiasa terbuka untuk membawa kita ke syurga. Sekiranya kita tidak bersetuju dengan mereka, maka katakanlah dengan nada yang lembut dan sopan, bukan dengan membentak dan menunjukkan marah.

     Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra’, ayat 23, yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah menentukan agar kamu jangan menyembah melainkan Allah dan hendaklah kamu berbuat baik dengan mereka. Jika salah seorang dari mereka atau kedua-dua mereka telah mencapai umur tua, maka janganlah berkata kasar kepada mereka, akan tetapi ucapkan kepada mereka dengan ucapan yang baik dan lembut."

    Remaja yang berwawasan adalah remaja yang tahu akan tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama, dan negara. Sememangnya zaman remaja penuh dengan pancaroba, namun dengan berpegang teguh kepada agama, insya-Allah, segala dugaan dan cabaran yang mendatang dapat ditangani atau dihadapi dengan jaya.

03 November 2010

Strategi penampilan diri

PENAMPILAN diri adalah salah satu aspek yang penting dalam penilaian peribadi seseorang murid. Ia bukan sahaja memberi satu gambaran yang positif terhadap nilai seseorang tetapi juga mampu mempengaruhi prestasi kecemerlangan murid itu sendiri.

Penampilan diri dapat dilakukan oleh murid melalui beberapa aspek berikut:

• Kekemasan diri
Anda harus kelihatan ”smart”, kacak, ”macho” segak dan lawa dari segi pakaian dan pengurusan diri. Ini bukan bermakna anda perlu membeli pakaian yang mahal dengan jenama yang terkenal atau menghias diri dengan solekan yang berlebihan tetapi sekadar memberi keselesaan pada diri sendiri dan kepada mereka yang melihat anda. Pakaian yang comot dengan keadaan diri yang tidak terurus menjadikan diri kita tidak bersemangat dan tidak dipedulikan orang. Lihatlah sahaja betapa segak dan mantapnya seorang murid yang berpakaian seragam sekolah yang lengkap atau berpakaian seragam bagi unit pakaian seragam. Mereka ini kelihatan ceria, berdisiplin, mudah mesra dan aktif dalam menjalankan tugas. Anda juga boleh kelihatan seperti mereka dengan mengenakan pakaian yang serba lengkap sebagai seorang murid sekolah.

• Budi pekerti dan akhlak mulia
Berbudi pekerti dan berakhlak mulia dapat dilihat melalui interaksi dengan guru, rakan-rakan dan ibu bapa. Percakapan yang bersopan adalah percakapan yang tidak menyakiti hari orang lain. Senda gurauan yang keterlaluan, ejekan dan sindiran kepada rakan boleh mengeruhkan suasana persahabatan dan akan menjadi bibit-bibit perselisihan dan pergaduhan. Jika anda mampu berinteraksi dengan lemah lembut, menggunakan bahasa yang sedap didengar seperti kata-kata pujian, penghargaan dan kata-kata semangat, anda mudah mendapat rakan dan anda akan sentiasa dihormati oleh mereka. Guru dan ibu bapa juga akan mudah didampingan jika anda dapat berinteraksi dengan mereka secara bersopan, berlemah-lembut dan sentiasa menghormati mereka.

• Perlakuan dan tabiat yang berkesan
Kedua-dua ciri ini berkehendakkan seseorang murid itu rajin berusaha, bersemangat dan bermotivasi tinggi tanpa berputus asa, proaktif, sentiasa patuh pada peraturan dan agama serta mempunyai keyakinan untuk berjaya. Murid seperti ini akan terus berusaha tanpa dipaksa, mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti akademik dan kokurikulum, rajin membuat ulang kaji, dan tidak merasa jemu bertanya kepada guru untuk menyelesaikan sebarang masalah pembelajaran. Mereka inilah yang akan mampu meraih kecemerlangan dalam kehidupan.

Pada hakikatnya, penampilan diri adalah amat diperlukan terutamanya pada kalangan murid di sekolah sebagai medan perjuangan ke arah mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

27 Oktober 2010

Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya.....

      SEKALI sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula. Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar.

     Mungkin kita pernah menemui Albert, kawan sekolah yang kita gelar si kepala samseng dahulu, rupa-rupanya sudah menjadi jutawan. Atau terpandang Azman yang dahulunya kaki ponteng di sekolah, kini muncul sebagai seorang motivator di kaca TV. Ataupun, Ee Mei, yang dikenali begitu pemalu di sekolah kini sudah menjadi seorang ahli politik yang begitu petah berucap di Parlimen.

     Kejayaan-kejayaan sebilangan daripada mereka di sekeliling kita ini kadangkalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Bila mengingati diri mereka yang dahulunya kita kenal sebagai jahat, culas mahupun pemalu, kita tidak menyangka mereka telah berubah menjadi lebih baik, rajin mahupun petah.

    Apabila kita merenung ke dalam diri, kita mungkin terasa mengapakah mereka yang toya di zaman persekolahan dahulu kini sudah menyerlah lebih hebat daripada kita sendiri. Mereka yang di zaman persekolahan dahulu menyanjung atau menghormati kita kerana lebih handal daripada mereka, kini telah mendahului kita dalam maraton kehidupan.

     Ke manakah langkah yang hendak dibawa dan selaju manakah larian hendak dicuba bila melihat teman-teman sudah jauh lebih hebat daripada kita? Yang pasti, kita tahu yang kita lebih handal daripada mereka dahulu, tetapi mengapa kini sebaliknya? Roda kehidupan yang berputar mengajar kita apa itu realiti. Justeru, bagaimanakah kita boleh mengutip kekuatan-kekuatan diri yang tercicir di sepanjang lorong kehidupan?

     Sebelum memulakan langkah, kita harus menyedari bahawa selama ini kita hanya percayakan sesuatu apabila telah berjaya menggapainya. Sikap inilah yang menjadikan kita terhenti-henti meranduk arus kehidupan. Ibarat berundur setapak setiap kali menapak dua langkah ke hadapan. Puncanya ialah kerana kita tidak percaya sebelum berjaya mencapai sesuatu.

     Di zaman persekolahan dahulu, kita berasa alangkah sukarnya untuk lulus PMR kerana terpaksa menghafal matapelajaran untuk tiga tahun iaitu daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kebolehan mengasah pensel dengan pengorek pun harus diketepikan kerana kita perlu belajar mengasah pensel menggunakan pisau agar lorekan di kotak-kotak jawapan objektif dapat dilakukan dengan kemas. Akhirnya kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu kegusaran.

     Namun, setelah keputusan PMR diumumkan, kita yang tidak begitu rajin, dapat juga kelulusan yang baik, setanding dengan teman-teman lain. Ketika itu, baru kita percaya yang rupa-rupanya kita sepandai rakan-rakan sekelas. Menjelang peperiksaan SPM pun, minda kita memahat perasaan bahawa peperiksaan SPM itu sukar. Namun setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kita berjaya juga. Untuk kali kedua di dalam hidup, kita percaya setelah berjaya.

     Merentasi kehidupan, kita lalui pelbagai kejayaan yang lain. Mendapat ijazah di universiti, kemudian berkasih dan akhirnya melangkah ke jinjang pelamin adalah di antara kejayaan hidup yang dilalui bagai mimpi. Kita hanya tersedar bahawa ia benar-benar terjadi hanya setelah kita berjaya mengharunginya.

     Bagi kaum wanita, kemampuan mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar dipercayai sehinggalah suara bayi sendiri nyaring mengetuk ke gegendang telinga. Bagi kaum lelaki, kejayaan menjadi ayah hanya dimengerti setelah melihat senyuman si kecil.

     Jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya? Samada kejayaan itu berbentuk material, emosional mahupun spiritual, sedarilah, seandainya berjuta-juta insan yang lain telah lalui apa yang kita bakal harungi, hampir mustahil kita pula yang akan gagal.

     Ada perbezaan di antara mereka yang percaya setelah berjaya atau mereka yang percaya sebelum berjaya. Yang pertama hanya melahirkan manusia tidak apa-apa. Yang kedua melahirkan manusia yang apa-apa.

25 PETUA UNTUK DISENANGI

     Adalah penting untuk mempunyai ramai kenalan kerana ia boleh membantu melancarkan perjalanan karier anda. Anda akan mudah mendapat kerjasama yang diperlukan dalam apa jua hal. Ini secara tidak langsung bukan sahaja memudahkan kerja anda tetapi juga menghasilkan banyak peluang untuk anda mempertingkatkan diri dalam kerjaya.

     Oleh hal yang demikian, mulai sekarang, anda perlulah berkenalan dengan seramai orang yang mungkin. Namun bukan semua orang mudah mendapat kenalan baru ataupun mengekalkan perhubungan tersebut. Hakikatnya, ia sebenarnya bukan suatu perkara yang sukar.

Cubalah mengikuti 25 petua yang tertera di bawah ini:
1. Jangan sombong. Baik dari segi pergerakan badan, pandangan mata ataupun pertuturan. Anda tidak akan rugi apa-apa jika bersikap rendah diri.

2. Jangan lokek dengan senyuman. Walaupun senyuman amat penting, namum janganlah anda senyum tidak menentu, nanti anda akan dikatakan gatal pula.

3. Tunjukkan keikhlasan anda. Anda perlu ingat bahawa semua orang ingin dihargai dan merasa diperlukan. Jangan senyum atau menegur orang hanya ketika anda tidak mempunyai kawan. Setelah mendapat kawan, janganlah pula anda lupa bertegur sapa dengan orang lain.

4. Percaya akan diri sendiri. Kebanyakan orang senang bergaul atau berkawan dengan mereka yang mempunyai rasa percaya terhadap diri sendiri.

5. Mempunyai pendirian teguh. Secara umumnya ramai orang lebih menghargai mereka yang berani mengutarakan pendapat. Namun demikian, anda perlu pandai membawa diri, jangan berani secara membuta tuli. Bak kata pepatah “Hanya orang bodoh sahaja yang akan bercakap ketika ‘para malaikat’ sekalipun tidak berani membuka mulut”. 

6. Bersikap terbuka. Walaupun mempunyai pendapat sendiri, anda mestilah mendengar pendapat orang lain juga.

7. Jangan suka memotong percakapan orang lain kecuali betul-betul tidak mempunyai pilihan lain. Pastikan anda melakukannya secara halus dan berdiplomasi.

8. Berikan imej yang baik. Jangan bercakap terlalu lama supaya orang lain juga berpeluang untuk bersuara. Ketika anda berada di kalangan ramai, berusahalah agar kehadiran anda dirasai oleh mereka.

9. Jangan sesekali meminta pertolongan orang lain terutamanya pertolongan yang melibatkan hal peribadi sebelum benar-benar mengenali mereka. Ini adalah kerana sesetengah orang kurang senang dengan orang yang gemar meminta pertolongan.

10. Meminta pendapat atau buah fikiran adalah lebih baik daripada meminta bantuan terus. Cara begini akan lebih menimbulkan rasa simpati dan keinginan orang lain untuk membantu anda.

11. Balaslah panggilan telefon orang lain dengan sopan. Cara ini akan membuatkan mereka rasa senang hati untuk menjawab panggilan anda pada masa depan.

12. Hubungi kenalan anda secara rutin. Bukannya apa, sekadar bertanya khabar atau ‘say hello’. Ini penting agar mereka tidak melupakan anda.

13. Sentiasa menjaga perhubungan dengan menghantar kad perayaan atau tahun baru.

14. Jangan cara berkomunikasi anda terutamanya dengan mereka yang sering memberi informasi yang berguna. Gunakanlah bahasa yang bersesuaian dan nada yang terkawal.

15. Sentiasa menjaga penampilan anda. Ini adalah kerana sesetengah orang suka menilai orang dari segi luaran. Tetapi jangan anda turut berbuat sedemikian ketika berurusan dengan pelanggan. Anda juga perlu mengenakan pakaian mengikut situasi agar dapat diterima dalam apa juga keadaan dan golongan orang.

16. Mempunyai cita-cita dan selalu bergerak aktif. Orang yang mempunyai matlamat dan giat berusaha memang sentiasa disenangi. Jangan menunggu sesuatu untuk berlaku sebaliknya berusahalah agar sesuatu itu terjadi.

17. Jangan senang berputus asa, sebaliknya selalu tampil optimis.

18. Berikan penghargaan kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan walaupun bantuan itu kecil. Setakat mengucapkan terima kasih sudah memadai bagi menjaga perhubungan.

19. Elakkan diri daripada bergosip. Jika anda tidak dapat mengelakkan, adalah lebih baik bagi anda menjadi pendengar sahaja dan bukannya penyebar. Orang yang suka bergosip tentang orang lain akan dipandang serong.

20. Walaupun anda tidak suka bersosial, namum apa salahnya anda sesekali memenuhi undangan. Jangan sampai anda dicap sebagai anti social.

21. Sebelum menegur kesilapan orang lain, selidik dahulu keperibadiannya. Dia mungkin adalah seorang yang tidak dapat menerima teguran.

22. Sentiasa berfikiran matang.

23. Jangan cepat rasa bangga diri apabila dipuji. Ini adalah kerana kadang-kadang pujian itu tidak ikhlas dan hanya untuk mengambil hati.

24. Jangan cepat melenting apabila dikritik. Sentiasalah berfikiran positif.

25. Banyak membaca terutamanya surat akhbar. Selain sebagai pengetahuan am, ia juga membantu anda memahami topik perbualan orang lain sekali gus mendorong orang lebih menghormati anda.