30 November 2009

Jika Anda Masih Di Takuk Lama


Setiap individu pasti ingin mengalami peningkatan dalam karier. Jika kedudukan atau jawatan anda masih sama setelah bertahun-tahun bekerja, tentunya ia memberikan tekanan kepada anda. Di mana silapnya? Jangan-jangan selama ini, anda terlalu mengabaikan perkara kecil yang sebenarnya boleh membuat anda dipromosikan untuk kenaikan pangkat. Terdapat beberapa langkah awal yang boleh anda lakukan iaitu:~
i) Datang awal
ii) Jaga kesihatan untuk menjaga prestasi dan produktiviti kerja
iii) Mementingkan keutamaan tugas
iv) Semangat bekerja
v) Tenang - mampu mengendalikan saat-saat kritikal
vi) Jaga penampilan diri

Agar Lebih Berjaya di Tempat Kerja


     Setelah berpuluh-puluh resume dilayangkan, anda akhirnya dipanggil melalui sesi temuduga. Menunggu panggilan tawaran sehari ibarat puluhan tahun lamanya. Semakin lama semakin hampir, iaitu hari pertama bekerja. Kriteria yang diambil kira oleh sesetengah majikan sebelum anda berjaya diserap sebagai kakitangan tetap ialah:
a) Keperibadian;
b) Produktiviti;
c) Berdisiplin;
d) Komunikasi;
e) Datang awal dan pulang lewat;
f) Tetapkan sasaran kerjaya anda;
g) Lakukan catatan ringkas; dan
h) Tidak terlalu mengharap - jangan anggap tempat kerja baru lebih baik berbanding tempat lama.

Tarik Perhatian Bakal Majikan Melalui Portfolio


     Penyediaan portfolio yang berjaya menarik perhatian bukanlah semudah yang disangka. Bukan sedikit pencari kerja yang gagal melepasi tahap selanjutnya walaupun telah menyediakan portfolio setebal novel Harry Porter. Ikuti tip-tip ini untuk menyediakan portfolio yang sesuai.
      a) Fungsi ~ menunjukkan kemapuan anda sesuai dengan bidang yang dipilih, sehingga bakal majikan dapat melihat kelebihan anda berbanding pencari kerja yang lain.
       b)  Digital vs tradisional ~ cetakan @ digital (cakera padat) @ pamer portfolio di laman web peribadi anda.
       c) Wajib ~ berorientasi, unik dan kreatif.
       d) Pemilihan ~ kirim portfolio yang sesuai dengan keperluan syarikat dan jangan berlebih-lebih.
  

Jangan Kecewa Memburu Karier


     Kebanyakan pencari kerja gagal mendapatkan jawatan yang diidamkan  apabila gagal melepasi proses temuduga kerana tiada persiapan rapi. Selain itu, mereka juga tidak berupaya menonjolkan penampilan diri bagi menimbulkan keyakinkan kepada panel penemuduga. Namun, jangan pula usaha anda terhenti di sini. Usah kecewa! Tip di bawah boleh dijadikan panduan dalam kalangan pencari pekerjaan supaya tidak terus kecewa dalam memburu kerjaya.
i) Biodata menarik
ii) Kemahiran berbahasa
iii) Pengalaman bekerja
iv) Cari jawatan yang sesuai
     Selamat Berjaya!

Tip Menyediakan Resume

* Jangan terlalu panjang, cukup sekadar 2 @ 3 halaman.
* Pastikan semua butiran peribadi seperti nama penuh, alamat terkini dan nombor untuk dihubungi disediakan selain jantina, tarikh lahir dan bangsa.
* Kemahiran berbahasa juga perlu dinyatakan kerana mudah bagi majikan membuat keputusan mengambil pekerja mengikut kesesuaian.
* Jangan sesekali menipu kemampuan diri dalam resume kerana tindakan ini boleh memerangkap diri sendiri.
* Pengalaman bekerja walaupun bekerja sementara perlu disediakan.
* Kemahiran dan pencapaian yang dimiliki mesti disertakan sekali.
* Menyatakan kadar gaji yang dipohon pada kadar munasabah dan sesuai dengan tahap pendidikan dan pengalaman.
* Calon mesti menyatakan maklumat perujuk, sama ada pensyarah atau penyelia di tempat kerja sebelumnya dan nombor untuk dihubungi.

8 Sikap Dibenci Majikan

     Mampu bekerjasama dengan majikan dapat membantu kerjaya seseorang. Namun, sedar atau tidak, ada kalanya, sikap buruk muncul saat kita bekerja.Jika sikap ini tidak dikikis segera, ia akan membentuk sikap negatif atau persepsi yang kurang baik daripada pihak atasan.Antara sikap negatif yang tidak disukai majikan dan harus dihindari ialah:
  • Pembohong
  • Tidak bertanggungjawab
  • Tidak jujur
  • Tidak berdisiplin
  • Tidak berdedikasi
  • Sering mengeluh
  • Tidak bersemangat
  • Pemalas
     Jika semasa temuduga, anda begitu bersemangat menyatakan keazaman anda untuk menjadi seorang kakitangan yang baik, kenapa anda tidak menunaikan kata-kata anda itu. jauhi sikap negatif kerana tiada ruginya menjadi seorang pekerja yang baik. Anda akan dinilai secara positif oleh ketua yang memberi keuntungan yang tidak dijangka, malah diberi imbalan yang baik di akhirat kelak.

25 November 2009


Cara Menulis Resume yang Baik

Resume adalah langkah paling asas dalam membuat pemohonan kerja. Resume yang baik harus memberi kesan yang positif kepada penemuduga. Resume yang baik harus meliputi semua aspek di bawah:


1. Isi kandungan
Unsur-unsur dalam resume itu mesti standard. Walau bagaimanapun,  kamu boleh menentukan sama ada kamu ingin menceritakan secara terperinci atau tidak, tentang pekerjaan kamu yang lepas.
2. Asas
la termasuk nama, nombor telefon, alamat dan e-mail (jika ada). Kamu juga harus sertakan dengan dua keping foto saiz berukuran pasport bersama resume tersebut.
3. Objektif
Objektif merujuk kepada matlamat kerjaya dan kemahiran kamu. la boleh ditulis dalam satu atau dua ayat sahaja. la juga boleh diabaikan tetapi ramai penemuduga harap dapat membacanya. Dalam objektif kamu, jangan menyalin bulat-bulat penerangan pekerjaan itu daripada iklan sahaja. Kamu mesti kreatif sikit!
4. Pendidikan
Senaraikan semua kelulusan akademik kamu daripada peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat tertinggi yang kamu miliki. la termasuk jurusan yang diambil, gred atau markah purata, anugerah yang diterima.
5. Kemahiran khusus
Nyatakan kemahiran yang kamu miliki temmasuklah bahasa, sama ada dari segi penulisan atau pertuturan, penggunaan komputer atau kemahiran lain yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.
6. Aktiviti
Senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah kamu lakukan seperti hobi, kerja sukarela dan lain-lain yang dapat menunjukkan kewibawaan kamu. Selalunya penemuduga akan dapat tahu pesonaliti kamu melalui aktivi yang kamu ikuti itu.
7. Pengalaman kerja
lni termasuk kerja praktikal, kerja sambilan, kerja sementara dan kerja sukarela. Jika boleh, susun ia mengikut tahun dan tarikh yang terkini. Masukkan juga jawatan kamu, nama syarikat, lokasinya dan tugas-tugas utama yang kamu jalankan.
8. Rujukan
Kamu harus menyatakan bahawa kamu bersedia untuk memberi penerangan sekiranya pihak penemuduga mempunyai apa-apa pertanyaan.

Corak Resume

Terdapat 4 jenis format resume. Setiap jenis itu mempunyai kebaikan dan kelemahannya serta sesuai untuk suasana yang berlainan.

1. Kronologi (mengikut urutan)
Untuk menjadikan resume kamu lebih teratur, senaraikan setiap perkara mengikut turutan taHun tetapi secara terbalik (Yang terkini ditulis dabulu). Ia lebih menitikberatkan perjalanan kerjaya kamu dan nama syarikat kamu dulu, tetapi kurang mengambil berat tentang pengalaman kerja dalam sesuatu bidang.
2. Corak Fungsi
la menitikberatkan keupayaan dan tugas utama kerja, jawatan serta pengalaman kerJa kamu. Ia amat sesuai digunakan oleh pemohon yang kurang berpengalaman dan hanya mabu fokuskan pada kemahiran mereka sahaja.
3. Corak bermatlamat
Corak ini senaraikan penerangan tentang sasaran suatu kerja khusus serta mahu memberi kesan yang mendalam kepada penemuduga. la amat sesuai bagi pemohon yang mahir dalam sesuatu bidang.
4. Corak penyiaran
Corak yang berdasarkan pengalaman atau percubaan. la merupakan surat penerangan bagi diri kamu dan menitikberatkan kemahiran kamu. Amat sesuai digunakan untuk pemohon yang moden dan ingin meminta ditemuduga oleh syarikat itu.

10 Tips Untuk Menulis Resume

1. Jangan menghantar resume kamu tanpa surat pengenalan diri. lni akan memberi tanggapan seolah-olah kamu tidak berminat untuk mendapatkan kerja tersebut.





2. Surat pengenalan itu mesti dibuat dengan kemas dan teratur. Sebaiknya resume kamu mestilah ditaip supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal, mudah dibaca dan senang membuat pembetulan. Jangan kirimkan resume yang difotostat kerana ia akan memberikan imej buruk pada kamu, seolah-olah kamu tidak bersungguh-sungguh.




3. Resume harus ada dalam satu atau dua muka surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas.




4. Tulis sendiri! Tidak salah kalau kamu membuat rujukan daripada contoh atau format yang sedia ada, tetapi sebaiknya kamu tulis sendiri dan tentu hasilnya lebih memuaskan. Selain itu, kamu juga harus jujur semasa membuat resume. Jika kamu membesar-besarkan keupayaan kamu, tentu kamu akan malu jika ia diketahui orang nanti.




5. Elakkan 'gimik' seperti foto, lukisan kartun dan lain-lain. Resume harus formal dan bersih serta senang dibaca. Gimik yang diletakkan juga tidak akan mendapat penilaian yang lebih baik. Jadi jangan buang masa untuk membuatkan gimik itu. Lagipun, ia kelihatan seolah-olah kamu masih lagi kurang matang, tidak dapat membezakan surat formal dan peribadi.




6. Resume kamu harus difokuskan dalam bidang kemahiran kamu sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.




7. Gunakan nombor atau garisan supaya resume kamu kelihatan kemas.




8. Resume kamu juga harus tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan supaya ia kelihatan aktif dan positif.




9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan yang ditulis itu bermakna dan menyokong objektif penulisan resume kamu.




10. Buatlah beberapa draf dan berikan resume kamu kepada beberapa orang untuk diperiksa. Jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa atau ejaan, buatlah pembetulan. Resume yang mempunyai banyak kesalahan akan memberikan kesan buruk kepada pembacanya

MAJIKAN UTAMAKAN PEKERJA BERKEBOLEHAN

Ketika graduan mengeluh tidak memperoleh pekerjaan sesuai, 41 % majikan seluruh dunia termasuk negara ini berpendapat pekerja mahir amat diperlukan dalam sektor pemasaran selain kerjaya berasaskan kemahiran seperti tukang kayu, tukang paip, pembuat almari dan juruteknik.


Menurut kaji selidik, kebanyakan majikan termasuk 33% pemilik syarikat di Asia Pasifik mendakwa sukar mencari pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan bidang terbabit dan sektor kejuruteraan. Majikan memerlukan pekerja yang berkemahiran dan berkebolehan yang dapat menaikkan nama syarikat namun ia dikhuatiri sukar diperoleh dalam diri calon sekali gus menyebabkan majikan mencari tenaga mahir lain yang lebih berpengalaman. Oleh itu, bukan soal tiada pekerja dapat memenuhi sektor berkenaan tetapi masalah mencari calon yang sesuai yang dapat memenuhi semua kriteria menjadi punca.

Kajian membabitkan hampir 37,000 majikan di 27 buah negara menjelaskan wakil jualan produk ataupun perkhidmatan dipercayai kerjaya paling kritikal dan sukar mendapat pekerja berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada. Berdasarkan kaji selidik itu, majikan menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja berpengalaman yang mampu menaikkan keuntungan syarikat.

Seperti tahun lalu, Malaysia masih lagi kekurangan tenaga mahir dalam “front-line roles” seperti kakitangan pusat maklumat dan pemasaran terutama yang berlatar belakang teknikal. Ini dipercayai akibat lambakan graduan kurang kemahiran dalan kerjaya sesuai selain lemah penguasaan bahasa Inggeris yang semakin mendapat perhatian majikan seluruh dunia. Selain itu, penghijrahan pekerja tempatan yang lebih berminat menyalurkan bakat mereka ke luar negara juga menjadi punca mengapa pasaran kerja tempatan kurang tenaga kerja sempurna.

Antara beberapa kriteria yang pelu diambil kira oleh pencari kerja ialah mereka perlu menonjolkan diri dengan kualiti yang baik kerana majikan memerlukan pekerja yang berdaya saing dan dapat memberi kelebihan kepada syarikat.


Tip berikut diharap dapat membantu calon-calon mempersiapkan diri ke arah kerjaya yang cemerlang:


a) Proses temuduga adalah ruang dan peluang majikan membuat pernilaian tentang potensi dan kelebihan yang boleh diperoleh daripada bakal pekerja. Dengan itu, pencari kerja perlu menggunakan peluang ini untuk menunjukkan potensi masing-masing.

b) Kemahiran insaniah atau “soft skills” merangkumi elemen kemahiran berkomunikasi; pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah; kemahiran berpasukan; pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat; kemahiran keusahawanan; etika dan moral professional serta kemahiran kepimpinan

c) Selain berusaha “mempromosi” diri kepada majikan, graduan perlu sedar dunia pekerjaan sebenar jauh berbeza dan bukan diperoleh secara terus melalui sesi kuliah di tempat pengajian.

d) Daya ketahanan tinggi selain menyediakan diri berdepan dengan cabaran bakal menjadikan pekerja lebih kental dan mahu memajukan diri.

e) Persediaan mental dan fizikal membolehkan seseorang sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa.

BAHASA INGGERIS TUNTUTAN ERA GLOBALISASI

Dewasa ini keperluan Bahasa Inggeris amat penting terutamanya dalam alam pekerjaan. Dunia pekerjaan yang penuh cabaran dan persaingan mementingkan penggunaan bahasa antarabangsa ini secara meluas. Walaupun kepentingan Bahasa Inggeris seringkali ditekankan dalam media oleh kerajaan dan pihak swasta, malangnya, ramai orang memandang remeh perkara itu.



Dalam era globalisasi ini, kemahiran berbahasa Inggeris perlu sentiasa diamalkan untuk melahirkan pekerja yang mahir dalam berkomunikasi bahasa berkenaan. Sejajar dengan wujudnya pelbagai syarikat antarabangsa, Bahasa Inggeris berperanan untuk memudahkan pekerja berkomunikasi dengan syarikat yang memiliki pekerja dari luar negeri.


Apabilan berada dalam kalangan keluarga atau di rumah, kita tidak akan berasa lemah dalam bahasa Inggeris tetapi apabila berada dalam dunia pekerjaan, kita akan terasa sebaliknya kerana kebanyakan syarikat antarabangsa menggunakan Bahasa Inggeris dalaman. Komunikasi menjadi lebih mudah jika ramai pekerja di negara ini memilki kemahiran berbahasa Inggeris dan lebih banyak tenaga kerja yang produktif dan bijak berkomunikasi dihasilkan.


Segelintir pekerja di negara ini mengambil mudah tentang kepentingan berbahasa Inggeris dalam komunikasi harian mereka ketika bekerja dan tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Walaupun negara ini mempunyai ramai pekerja yang berkelulusan tinggi, namun keupayaan untuk berbahasa Inggeris adalah rendah dan tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki dan berada di tahap minima.


Kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris yang sering ditekankan oleh pihak kerajaan perlu diambil berat kerana penting untuk negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai pekerja yang tidak hanya fasih berbahasa ibunda tetapi juga Bahasa Inggeris dan bahasa asing lain.


Seiring dengan tahap pencapaian negara yang bakal mencapai Wawasan 2020, kesedaran perlu ada dalam setiap diri pekerja supaya memantapkan lagi Bahasa Inggeris untuk kepentingan diri sendiri dan pekerjaan yang dilakukan agar hasil kerja yang dibuat setaraf dengan tahap antarabangsa.


Peranan pihak media, kerajaan mahupun badan bukan kerajaan penting untuk menggalakkan tenaga kerja di Negara ini mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih tekun dan mendalam.


Oleh itu, setiap pekerja di negara ini perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan berbahasa Inggeris agar cabaran dan rintangan dapat diatasi dengan mudah dan komunikasi semasa bekerja lebih berkesan dan kerja yang dihasilkan lebih berkualiti serta mencapai tahap antarabangsa.





INTERNET MEDAN TAWAR & CARI KERJA

Proses mencari kerja mungkin agak mudah untuk sesetengah individu pada masa kini. Namun,  ia menjadi satu perkara yang sukar kepada orang lain walaupun mempunyai kelulusan tinggi termasuk ijazah. Tidak semua graduan mudah mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dan keadaan menjadi lebih buruk jika mereka memilih kerja.



Pada zaman teknologi maklumat sekarang, proses mencari kerja lebih mudah kerana ia boleh dilakukan melalui internet, sama ada meninjau kerja kosong atau mengiklan diri sendiri. Beberapa syarikat, termasuk konglomerat tidak lagi menggunakan media termasuk akhbar bagi mengiklankan kerja kosong sebaliknya menggunakan internet dengan mengiklannya di laman web syarikat terbabit apabila memerlukan pekerja.


Banyak bank dan syarikat kerajaan termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) menggunakan internet untuk mengiklankan jawatan kosong tertentu dan pemohon menghantar permohonan melalui e-mel beserta butir-butir peribadi. Permohonan pekerjaan yang diterima TNB mencecah puluhan ribu setiap bulan dan kesemuanya melalui internet. Bagi jawatan eksekutif, TNB menapis permohonan yang dibuat melalui internet manakala jawatan bukan eksekutif masih menerima pakai permohonan melalui pos.


Sehubungan itu, graduan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan penggunaan internet termasuk menghasilkan fail resume untuk dihantar melalui e-mel. Jadi, selain akhbar, graduan dan pencari kerja juga perlu rajin melayari internet, memeriksa laman web syarikat, bank dan agensi yang diminati untuk melihat tawaran kerja kosong daripada semasa ke semasa. Kini, bukan sahaja syarikat besar malah banyak syarikat pemilikan perniagaan kecil turut menggunakan internet untuk mengiklankan kerja kosong untuk mencari pekerja kerana kosnya yang murah.


Selain itu, Kementerian Sumber Manusia turut menyediakan sistem melalui internet yang dikenali sebagai “Sistem Penjodohan Pekerjaan” (JCS) iaitu sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian. Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja mencari peluang pekerjaan yang sesuai. Melalui sistem ini, majikan juga boleh mendapatkan calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Pencari kerja boleh membuat permohonan kerja dan majikan menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.


Sistem ini diwujudkan untuk meningkatkan kemudahan tenaga kerja negara dan memastikan penggunaan tenaga kerja secara berkesan melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik. Ia juga menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai orang ramai sama ada dari dalam atau luar negeri termasuk pelajar Malaysia di luar negeri dan pelabur asing.


Melalui laman web Jabatan Tenaga Kerja, terdapat beberapa kategori jawatan kosong yang boleh dirujuk pemohon seperti kekosongan terbanyak dan jawatan popular. Antara jawatan popular yang sering dipilih pencari kerja adalah jenis professional bahagian perkhidmatan, jualan, perkeranian dan bahagian teknikal.


Selain itu, jabatan ini turut menyediakan jawatan yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU) melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Penempatan OKU (SPOku). OKU yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja lebih mudah mencari pekerjaan kerana majikan turut mengiklankan jawatan kosong yang sesuai untuk golongan ini.